Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Wednesday, March 7, 2012

Senyum ya,"Boss"!


Assalamulaikum..
Selamat pagi semua hamba Allah yang dikasihi! Dengan senyum dan doa semoga kebahagiaan dan kekuatan hati mengiringi kehidupan kita sepanjang masa. Ameen..

Satu pesanan pagi ingin Raz sampaikan kepada para 'bos' dan ketua jabatan yang memegang tanggungjawab mempunyai pembantu bawahan yang menyokong dan membantu anda dalam menjalankan tugas.. Jadilah 'Bos' yang berpewatakkan manusia yang 'seimbang'. Dengar, lihat, selami, tegur, faham dan pimpin. Perkara asas yang perlu ada pada wajah seorang pemimpin ialah..."Senyum dan Salam." Jangan terlalu memikirkan perasaan kita sendiri. Selalulah ingat kita semua sama di sisi Allah dan diberikan perasaan yang sama jua.

Sebuah hadis Rasulullah SAW menceritakan...

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu kasihi dan mereka yang mengasihimu dan kamu mendoakan mereka serta mereka mendoakanmu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka yang membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu" Lalu para sahabat Rasulullah berkata, " Bolehkah kami menentang mereka, Ya Rasulullah?" Dan jawab baginda.."Tidak, selama mana mereka tetap mengerjakan solat bersama kamu." (Hadis Riwayat : Muslim)

Jadi..
Wahai pemimpin-pemimpin kecil atau besar, jangan lupa solat ya. Jika kamu tidak bersolat, maka semua orang mampu menentangmu!

Senyum...
Raz.R