Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Saturday, March 17, 2012

Pilihan


Hidup kita di kalangan manusia agak pelik. Walaupun kita manusia biasa yang tidak pernah pelik. He!He!He! Yang menjadikan kita pelik adalah pembawakkan sifat diri kita. Sifat dan akhlak kitalah yang membezakan antara kita dan manusia-manusia lain.

Ada orang, dia mahu kekayaan, kerana kekayaan akan memberikannya kepuasan. Kekayaan akan memberikannya kemenangan atau kekayaan akan memberikannya 'kuasa' untuk membuat perkara-perkara yang baik kepada orang lain atau sebaliknya.

Ada orang tidak begitu. Bersederhana adalah pilihannya. Padanya, hidup di dalam situasi sederhana tidak membuatkan dia runsing. Hidupnya lebih di dalam keadaan bersyukur dan tidak leka.

Ada juga sesetengah orang pula, dia lebih suka melihat apa yang orang lain miliki dengan mempelajari dari keadaan orang lain dan terus menanti-nanti untuk membuat pilihan bagi kehidupannya.

Dipendekkan cerita kita, "macam-macam ada".

Hakikatnya kehidupan yang kita lalui, berkesinambungan dengan apa yang kita pilih sendiri dan pilihan takdir yang Allah tentukan. Pun demikian yang mencorakkan segalanya adalah apa yang terlintas di hati kita dan terhasil dari tindakkan-tindakkan kita pada lahiriah.

Wallahua'lam.
Alhamdulillah untuk apa saja yang Allah kurniakan. Ameen. Salam kasih penuh senyuman.