Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Saturday, March 24, 2012

Maaf


Andaikata hatimu terdetik benci kepadaku..
Tolong maafkan daku



Jika kehadiranku hanya menyakiti kamu.. maaf..
Jika semua kata-kataku melukakan kamu..
maaf..
Jika semua perbuatanku menyakiti kamu..
maaf..
Jika aku mengganggu dan merimaskanmu..
maaf..
Aku hanya punya kata maaf untuk semuanya..

Jika kau perlukan lebih dari itu..

maaf.. aku tak punya..


Jika kau perlukan aku pergi.. baiklah ku undur dengan redha..
Maaf.. kerana melukakan..Terima kasih untuk segalanya..


Pada yang tidak menjawab tanya..
Pada yg membisukan kata..
Pada yg menyembunyikan rasa
Pada yg mengelakkan bicara..
yang membuat hati terasa dan tertanya-tanya dimana silapnya..
Andai ada luka yg berdarah di hati..
Andai ada geram yg bersarang di jiwa..
Andai ada kecewa yg meremukkan rasa..

Ku susun sepuluh jari dengan rasa rendah di jiwa
Ku persembahkan dhaif dan hina
Mohon dimaafkan segalanya
Aku hanya manusia
Yang tidak terlepas alpa
Yang kurang dalam sempurna


~"Maaf.."~