Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Wednesday, September 2, 2015

Menjadi Asing Di fasa Yang Akhir

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya suka untuk menyampaikan apa yang telah disampaikan untuk pedoman diri dan saya lanjutkan perkongsiannya agar menjadi manfaat bersama.

TENTANG GOLONGAN YANG ASING. SUBHANALLAH...


Manhaj Kedamaian; "Siapakah golongan yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ? Dan apakah ciri-ciri mereka?" Rasulullah ﷺ bersabda; "Islam itu bermula dalam keadaan ghareeb yakni asing, dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah bagi mereka golongan ghuraba yakni golongan yang asing."

"Dan golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ diakhir zaman itu adalah, ada satu kelompok yang mereka ini memperjuangkan keselamatan, kedamaian dan kasih sayang. Mereka memperjuangkan Islam. Mereka memperjuangkan yang haq."


"Dan diakhir zaman fitnah itu, terdapat seruan jihad diseluruh dunia. Dengan peperangan dan pertumpahan darah. Akan tetapi ada satu kelompok, yang memperjuangkan manhaj kedamaian, kasih sayang dan melarang untuk mencela orang lain dengan menjaga lidah. Mereka ini selalu mengajak manusia dengan jalan kedamaian."

"Manusia melihat kelompok ini dengan pandangan yang asing. Kelompok yang lemah. Antara ciri-ciri mereka adalah mereka ini orang yang selamat. Dan mereka menumpukan diri mereka sendiri, ahli keluarga mereka dan anak-anak murid mereka dengan tarbiyah dan tazkiyah akan diri mereka. Dan golongan yang selamat diatas manhaj kedamaian tersebut adalah sedikit."

"Masa kita sudah singkat. Kita berada difasa yang terakhir..., dan kita hanya menunggu kemunculan alamat kiamat yang besar. Diakhir zaman, antara ciri-ciri golongan ghuraba ini mereka sibuk dengan beramal. Mereka fokus didalam tazkiyah dan tarbiyah dengan hati mereka. Mengajak orang lain dengan kedamaian dan kasih sayang."

"Tidak dinafikan kita memerlukan kekuatan fizikal. Akan tetapi diakhir zaman untuk kita berdepan dengan segala macam fitnah yang berlaku kita memerlukan kekuatan hati. Tarbiyah dan tazkiyah hati."

"Perkara ini telah disebut oleh Al-Habib Abu Bakar Al-Adni. Dizaman fitnah, kita hendaklah menjaga diri kita, tazkiyah diri kita dan ahli keluarga kita. Daripada apa yang berlaku diluar sana. Jangan masuk campur dalam mana-mana pertelingkahan dan mana-mana pertumpahan darah. Jaga lidah daripada mencela."

"Kalau kamu boleh jadi batu jadilah batu. Jangan terlibat langsung. Kalau boleh gali terowong masuk kedalam tanah, masuk kedalam tanah. Jangan kamu terlibat dalam mana mana pertumpahan darah dan pertelingkahan kerana ianya adalah fitnah. Jaga lidah kamu."

"Dan golongan yang asing tersebut adalah orang-orang yang selamat. Kelompok yang sibuk dengan amal, tarbiyah dan tazkiyah. Yang membawa manhaj keselamatan, kedamaian dan kasih sayang. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

(Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari)