Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Wednesday, December 14, 2011

Permata Embun



Indah titisan..
Permata jauh terantai di tanduk rumput
Jatuh ia di rumput, lalu hilang
Cantik segar dipandang
Persinggahan..
Umpama embun di hujung rumput
Datang mentari, ia pun hilang
Kering dek panahan siang

Walau terlihat ia berkilau
Setitik embun meninggal perlahan


~Raz.R ~
14.12.2011
Petang yang sangat aman
Hati yang sungguh tenteram
Bibir masih dengan senyuman