Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Wednesday, December 21, 2011

Di dalam Rindu Ada Doaku


(Di dalam Rindu Ada Doaku )
Rindu..
Sentiasa di hati
Walau sunyi
Bisu tidak berbunyi
Namun getarmu
bergegar di jantungku
selalu..
tak pernah jemu
doaku manis padamu
berdendang selalu


Biarkanlah ...
Meskipun
Hadir tidak diundang
Wujud tidak dikenal
Bersua disambut samar
Duduk jauh di belakang
Muncul tidak terpandang
Pergi tidak dicari
Hilang tidak diingati
Asal sahaja apa yang diberi
Bercahaya petunjuk hingga ke mati






Sukacitanya..
mengutip batu-batu berwarna
Leka mengisi penuh karungnya
Asyiknya hingga terlupa
sebutir berlian longgar digenggam
Tercicir jatuh..
kehilangan...





~Sekadar ingatan diri~
Raz.R
21.12.2011