Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, December 16, 2011

Aku dengan-Mu


Aku denganmu tiada rahsia
Ku bicarakan apa saja yang ku suka
Walau sekelumit rasa ku luah saja
Tanpa tersekat, tanpa tertangguh
Aku denganmu tiada curiga
Tidak hadir sedikitpun sengketa

Tidak ku rasa janggal
Tidak ku rasa hodoh
Tidak ku rasa bodoh
Aku denganmu, serasi
Aku denganmu, selesa
Aku diterimamu sepertimana aku
Seadanya biasa

Waktu aku di hadapanmu
Aku tak malu menangis
Walau aku akui lemah
Walau aku diterjah kalah
Bersamamu kecewaku tiada
Ku mampu menangis sempurna
Dengan seluruh lega di jiwa
Sekalipun lara terhimpit
Tidak aku dikurung sempit
Esakku diraung sepuasnya

Aku denganmu, bahagia
Aku denganmu, ada cintamu
Tidak sedikit aku diluka
Tika cintaku senipis bayang
Ketika rindu berkurang
Tidak aku diserang
Engkau tetap berlapang
Ketika aku bersujud tandang
Engkau masih memandang
Walau sesekali ku curang

Aku dengan-Mu
Engkau Raja Segala Raja
Aku hamba sekerdil hamba
SUBHANALLAH!
ENGKAULAH SEGALANYA
TANPA-MU AKU TIADA


Raz.R
16.12.2011


"Kalau kau tanyakan aku, “Benarkah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya kerana imanku bukanlah bertaraf sufi, malah sufi pun mengakui mereka masih berusaha mendekati, tetapi aku yakin aku telah dan sedang memulakan langkah untuk mencintai-Nya.”