Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Monday, December 26, 2011

Banyak Mana?


Banyak cerita yang kita sembang
Banyak artis yang kita kenal
Banyak gossip yang kita kongsi
Banyak wacana yang kita hebah

Tetapi....
Banyak mana yang kita sembang
Tentang Rasulullah s.a.w?
Banyak mana yang kita kenal
Tentang KeAgongan Allah SWT?
Banyak mana yang kita kongsi
Tentang pejuang Agama Allah?
Banyak mana yang kita hebah
Tentang al-Furqan dan Sunnah?

Kita manja
Sebab segalanya terbentang di mata
Kita leka
Sebab jiwa kita pada dunia
Kita asyik
Sebab tanduk-tanduk sedang naik

Kita ini siapa?
Banyak mana nikmat yang kita tadah dari-Nya
Banyak mana pula nikmat yang kita beri pada-Nya?

Kenapalah kita begini?
Banyak mana yang mahu kita tamakkan lagi?


Raz.R
26.12.2011
Muhasabah diri
Senyum dalam Marah
Diri yang belum diubah..