Salam kasih Kerana Allah
Friday, December 7, 2012
Isteri kedua?
Bissmillahirrahmanirrahim...Jumaat yang indah.. Alhamdulillah..
Tersenyum Raz mengingatkan satu soalan daripada seorang sahabat. Nak tahu apa soalannya?
"Raz, awak taknak jadi isteri kedua saya kah?"
Awalnya Raz terkedu bila soalan sedemikian di tanya olehnya. Kemudian Raz melorekkan senyum dan ketawa mesra. Kelucuan. Sebabnya, dia tidak pernah bergurau dengan Raz sedemikian. Mungkin sengaja Raz diusiknya. Dia memang sahabat yang Raz kenal nakal. He!He!He! Raz pun bukannya baik sangat. Nakal juga. Senyum..
Sudah banyak kali soalan yang sama diajukan sebelum ini. Kekadang kehairanan. Kekadang pula Raz kegerunan. Orang cakap, sesuatu perkataan yang disebut kadang-kadang menjadi doa. Ya, Allah! Mohon dilindungkanlah dari ujian serupa itu. Ameen.
Kata Raz kepadanya dan kepada yang lain yang bertanya juga,
"Raz belum cukup baik dan bertaqwa untuk menerima tawaran tersebut. Raz tidak mampu untuk mengawal emosi wanita Raz. Bila kita tahu kelemahan kita dan kita tahu ia akan memberi kesan kepada ibadah kita, lebih baik kita menjauhi hal-hal yang merosakkannya."
Lalu dijawabnya,
"Belum cuba belum tahu. Semua perkara harus berlangsung dengan usaha, doa dan tawakkal, kan? Mungkin jalan inilah yang lebih membawa Raz ke jalan yang diredhai Allah. Bagus tau! Bakal dapat payung emas di syurga!"
Dia ketawa. Raz juga ketawa.
"Ini bukan soal syurga atau payung emas lah, kawan! Jika Raz boleh, sudah tentu Allah berikan itu. Kalau Raz tidak boleh, mungkin juga Raz bawa diri Raz dan orang lain ke neraka! Na'uzubillah! Kita ini, kena selalu tahu dan siasat kelemahan diri. Bila kita dah tahu dimana kelemahan kita, sebaiknya kita jangan melibatkan orang lain dalam kelemahan tersebut. Katakanlah Raz bermadu, bukan hati bakal suami Raz saja perlu Raz jaga tau! Hati isteri-isteri yang lain, anak-anak tiri, kaum kerabat, masyarakat dan masyaAllah, ia adalah satu amanah yang amat berat! Menjaga hati adalah ibadah. Kita tidak boleh pentingkan diri sendiri langsung. Kita sentiasa akan ditonton sekeliling. Sedang orang mengumpat pada Raz pun, kekadang berdarah telinga mendengarnya, inikan pula hal sebegini? Hanya orang 'pilihan' Allah sahaja yang mampu menghadapinya.."
"Kalau Allah 'pilih' Raz juga?" Dia tersenyum sipu.
"Wallahua'lambissowab. Setinggi mana pun kemampuan diri Raz yang Raz tahu, Allah lebih Maha Tahu tentang diri Raz. Tetapi, sesungguhnya DIA dah beritahu, DIA tidak akan mengubah nasib seseorang hamba-Nya itu melainkan hamba-Nya lah sendiri yang berusaha mengubahnya."
Cukuplah setakat ini cerita Raz ya? Kisah selebihnya tak sanggup Raz nak sambung. Nanti ramai kawan-kawan seangkatan Raz marah.. Senyum..
~Raz.R~
Jumaat → 07.12.2012
Se^__^nyum
"Allah beri ujian kepada seseorang hamba itu mengikut kemampuannya. Jangan sekali kita pertikaikan kehidupan orang lain mengikut pandangan mata kita, sebab kita tidak pernah tahu apa yang mampu mereka lalui."