Hukum menjawab azan adalah SUNAT, BUKAN wajib. Menjawab azan ini disuruh oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan beberapa hadis yang diriwayatkan dari baginda, antaranya adalah berdasarkan hadis daripada Abi Said al-Khudriy, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu." (Hadith riwayat al-Bukhari)
Hukum harus menjawab azan pula diambil antaranya dari tindakkan sahabat Rasulullah s.a.w, sayyidina 'Umar r.a. Ini berdasarkan perbuatan daripada Tha'labah bin Abi Malik katanya yang bermaksud :
"Adalah mereka (para tabi'ien) berkata-kata pada hari Jumaat, sedang 'Umar (al-Khattab) sedang duduk di atas mimbar (dan muazzin sedang melaungkan azan), apabila muazzin (tukang azan) berhenti (daripada azan), lalu 'Umarpun berdiri (untuk berkhutbah), lalu (apabila 'Umar berdiri untuk berkhutbah) seorangpun tidak berkata-kata lagi." (Perbuatan ini dinilai sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu', demikian juga al-Albani di dalam Tamam al-Minnah)
Manakala al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (seorang ulama hadith mutaakkhir) di dalam kitabnya Tamam al-Minnah berkata :
"Perkara yang diperlakukan oleh sahabat Rasulullah s.a.w ini menjadi dalil atas TIDAK WAJIBnya menjawab azan, kerana berlakunya perbualan ketika azan di zaman 'Umar, dan 'Umar diam (tidak menegur) perbuatan tersebut, dan banyak aku (al-Albani) ditanya tentang dalil yang mengubah arahan menjawab azan itu kepada bukan wajib, maka aku (al-Albani) menjawab soalan-soalan itu dengan tindakkan ini, wallahu a'lam." (Sila lihat Tamam al-Minnah (340), Dar al-Rayah, Riyadh)
Justeru hukum menjawab azan yang sunat ini menunjukkan tidak benarnya dakwaan yang menjanjikan azab yang pedih atau tidak dapat mengucapkan syahadah ketika hampir mati jika tidak menjawab azan.
Salah satu tanda sesuatu dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila ia menjanjikan azab yang pedih atau akibat yang amat buruk terhadap kesalahan kecil yang dilakukan. Bahkan dalam bab tidak menjawab azan ini bukanlah satu kesalahan, kerana meninggalkan perkara yag sunat bukanlah suatu dosa.
Cara Azan Yang Betul
1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk
2. Berdiri
3. Meletakkan Jari Telunjuk ke Telinga
4. Menghadap Kiblat
Perhatian : Sebelum melaungkan kalimah di bawah dengan kuat, adalah disunatkan menyebutnya secara perlahan terlebih dahulu. (Sunat Tarji')
→Cara bacaan tarji' sama seperti bacaan di dalam azan : "Ash hadu alla ilahaillallah ; Ashaduanna MuhammadarRasulullah "
Di dalam azan subuh mestilah ditambah kalimah ini "Assola tu khaiyrumminannaum"
yakni selepas mengalunkan kalimah "Haiyya alal falahh"
Apabila mendengar azan, cantiklah kita agar dapat menjawabnya dengan betul dan sempurna secara nada yang perlahan mengikut lafaz yang dilaungkan oleh Muadzin kecuali pada kalimah di bawah ini
Dan akhirnya setelah tamat laungan azan di jawab maka bacalah doa di bawah ini : " Allahumma rabbaha zihidda' watitaaammah, wassolatil qaaaimah, aaatisayyidina Muhammadanil wasilatawal qadilah, wab'as hu ma qa man mahmudanilazi awa'ddah."
Begitu juga apabila selesai iqamah, perlulah dibaca jua doa yang sama.
Iqamah (Qommat) dan caranya :→
1. Berdiri dan menghadap kiblat
2. Menyebut lafaz iqamah
Perlulah lafaz iqamah itu dijawab dengan perlahan-lahan sepertimana yang telah dilafazkan Muadzzin kecuali kalimah di bawah :-
~Raz.R~
02.12.2012
~"Moga Azan yang dilaung dapat melembutkan hati kita untuk cinta kepada solat dan kalimahnya yang dijawab dapat membuatkankan kita istiqamah dalam setiap ibadah. Ameen. Se ^__^nyum."~