Salam kasih Kerana Allah
Thursday, June 16, 2011
Aku Ada Dia
Assalamualaikum w.b.t
Diperhatikan kehidupan seharian. Makin usia mengembang, makin ujian bertandang. Mungkin, inilah yang Allah maksudkan kepada setiap hamba-Nya, bahawa kita jangan mengira bahawa hidup kita di dunia ini hanya untuk bersuka-suka dengan nikmat-Nya. Kita wajib percaya bahawa Allah SWT Maha mengerti apa yang telah diciptakan-Nya. Dia berhak menguji kita. KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI CIPTAAN-NYA... KITA INI HAMBA-NYA!
Allah suka jika kita selalu ingat akan kelemahan kita di sisi-Nya. Akur bahawa kita ini milik-Nya. Percaya terus pada kehebatan-Nya!!!
Raz tidak menulis kata-kata ini untuk mempertonjolkan diri bahawa Raz di kalangan insan hamba yang baik. T.I.D.A.K sama sekali.
KESEDARAN.
Kesedaran yang perlu dicari oleh diri sendiri daripada apa yang berlaku setiap minit, setiap hari di dalam hidup kita seharian. Hisab diri. Kenal diri. Bila kita memperkatakan tentang kelemahan diri, kita sedang membawa diri kita untuk sedar bahawa kita ini tidak pernah memiliki apa-apa. Apa yang disusun di dalam hidup kita, semuanya wujud daripada SATU KUASA yang LEBIH HEBAT.. ALLAHUAKHBAR!
Adakala kita terlupa.. dalam kita leka dikelilingi oleh manusia-manusia lain di dalam majlis hidup kita, secara tidak langsung kita mendabik dada secara tidak sengaja atas kehebatan-kehebatan yang kita lakukan di atas dunia. Padahal kita tidak punya apa-apa. Semuanya milik Dia!
Biarkan kita berada di dalam rasa sedar. Biarkan orang lain juga sedar. Keistimewaan kita adalah keistimewaan-Nya. Keburukkan kita adalah kehinaan kita terhadap-Nya sebagai hamba.
Tiada apa-apa yang kita miliki kecuali DIA. Moga kita tetap terus sedar. Moga kita sama-sama menyedarkan. Amin Ya Robbal Alamin.
"Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)." [Surah Al-Insan- Ayat 28;29;30]
Dalam putaran turun naik kehidupan yang makin dicabar kerakusan hidup dengan sifat-sifat manusia lain. Raz akui, bahawa Raz ini adalah dikalangan insan yang sangat lemah. Tidak terlepas dari dorongan dan ikutan keadaan dunia yang memaksa Raz jatuh. Tersungkur lemah tidak berdaya dan dikotori selut hanyir busuk recepi sesama insan.
Seringkali terasa diri diperhambakan oleh manusia. Hidup di dalam keberanian yang amat tipis. Berada di dalam rasa takut yang bermacam-macam warna. Celoreng yang menggerunkan. Hingga ada masanya hati dikotori dengan sangkaan buruk kepada apa yang telah dikurniakan untuk Raz dalam hidup.
Dan tulisan ini diharapkan mampu membangkitkan Raz kembali. Sesungguhnya apa yang perit yang berlaku di dalam hidup Raz adalah KEHENDAK-NYA. Begitu juga di dalam kehidupan mereka yang mungkin senasib dengan Raz. Atau mereka yang lain yang lebih lemah daripada Raz. Marilah kita sama-sama mengerti bahawa apa yang berlaku di dalam kehidupan kita, selalunya adalah dari kehendak Allah sejurus dari sikap dan cara kita sendiri. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan. Pasti ada jalan yang kita tempa dan bina itu adalah kesimpulan dari kesalahan kita sebagai insan. Kita selidik, kita korek dan kemudian kita benamkan yang mana kita temui jelas ada kemurkaan Allah. Kita tanam dalam-dalam. Kita tumbuhkan sesuatu yang lain yang diizinkan-Nya yang dapat membunga dan membuahkan KEBAIKAN SEJATI DAN BENAR. InsyaAllah.. Amin..
Apa jua kesulitan.. katakanlah pada diri... " Tak mengapalah! Aku ada DIA!"
Wallahua'lam..
Salam sayang kerana Ilahi. Moga hidup hari ini, esok dan selamanya dilimpahi seri cahaya yang murni.. Senyum dan MMMuahks!