Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Wednesday, June 22, 2011

Dalam Pasrah Kalah - Ada Menang Jiwa.



Raz petik ayat cantik di bawah ini dan Raz ingin membacanya lagi. Sungguh pasrah nadanya. Dalam gerimis rasa yang terhimpun dengan sejuta rasa sendu yang bersabung- menyabung dapat Raz rasa suara hati yang mengalah tetapi menang di sisi Allah. Subhanallah.. Allahuakhbar! Bertanya Raz pada diri, mampukah Raz juga merealisasikan kata-kata ini dalam tindakkan diri?

Ambillah pengalaman yang timbul dari kehidupan orang lain, bukan untuk dipersendakan dan dicela dek umpatan tanpa siasah, namun jadikanlah pengalaman tersebut salah satu pegangan yang mengingatkan minda agar bersatu dengan hati untuk terus memperkukuhkan kekuatan diri. Jika Allah panjangkan usia kita lagi, maka sedarlah bahawa masih panjang juga rona-rona hidup yang pelbagai ujian-Nya. Wallahu'lam.

Bacalah .... bait-bait kata seterusnya. Dan fikirkanlah sentuhannya yang sebenar.


"Sampai saat ini aku masih tetap setia menanti,
Bukan kerana ketegaranku dalam bertahan namun kerana rahmat-Nya mengajarkan aku kesabaran..

Bukan kerana cintaku padamu namun kerna cintaku pada-Nya yang membuat aku tetap bertahan pada pendirianku ini..

Jika kerana cinta… Sesungguhnya cinta itu sudah tak ada. Yang ada pada diriku adalah imanku yang menuntunku agar selalu patuh padamu kerana aku telah melupakanmu dalam kesendirianku.

Hadirmu dalam hidupku mengisahkan berjuta cerita.
Sudah kurasakan sakit
Sudah ku telan pahit
Walau belum pernah berbuah manis.
Namun aku bertahan..

Kerana kaulah orang yang telah membuka gerbang cahaya dari sisi gelapku
Menuntunku hingga mengenal manisnya iman dan indahnya Islam

Tapi kini… Aku harus melupakanmu dalam mahabbahku
Namun begitu sukar..

Kerana masih ada senyum tulusmu dalam ingatanku
Masih ada candamu saat beranjak tidur.
Dan takdir telah memisahkan.
Meski masih ada rasa ingin bersama di antara kita

Namun harus…
Kerana ini yang terbaik untuk kita. Meski terburuk dimata mereka
Pergilah.. Telah kurelakan engkau dalam dakapan cintanya.
Dan biarkanlah aku disini dengan sakit ini.

Kerana sekarang aku mulai menyedari
Cinta bukanlah sebuah hak kepemilikan namun sebuah amanah dalam titipan

Pergilah dan lupakanlah aku yang pernah hadir dalam hidupmu.
Meski terpaksa harus ku ingkari janji tuk menua denganmu.

Yang ku inginkan adalah keselamatanmu di Yaumul Mizan. Kerana aku takut akan ketidak adilanmu membagi cinta antara aku dan dia.

Harta.. Benda.. Mungkin bisa sama-rata engkau berikan. Namun cinta?
Cinta takkan pernah bisa sama untuk dibahagikan.
Maka dari itu.. Ku mudahkan pertanggungjawabanmu..

Meski sakit.. Meski pahit.. Namun telah ku cuba utk ikhlas.

Pergilah dikau yang kucinta..
Pejamkanlah matamu dan lupakanlah aku..
Dan biarkanlah aku disini.
Andai sepi itu takdirku, kepada Ilahi ku menanti seru.."