Bismillah. Singgah lagi di halaman "Diari Lompat" Raz. He-He-He! Yalah, kan? Kalau diari akan ditulis hari-hari tetapi sebab Raz hanya menulis bila Raz rasa ingin dan perlu sahaja, maka moleklah kiranya ia digelar sedemikian rupa. Wah! Macam ahli bangsawan bunyi kata-kata Raz. Senyum... Alhamdulillah, semua perbuatan kita sebenarnya atas gerak dan keizinan dari Allah SWT semata.
Raz mulakan tulisan dengan SENYUM dari hati. Hari ini Ahad dan tarikhnya adalah 09.09.2012.. Buat julung kalinya Raz memecahkan rekod ruangan maya "Indah Hati-Indahlah Kata" dengan berkongsi lagu. Kih!Kih!Kih. Sebenarnya Raz bukanlah seorang yang suka mendengar lagu. Tidaklah maksud Raz tidak menyukainya seratus persen, cuma Raz sangat jarang melayan mana-mana lagu tanpa ada sebarang sebab.
Entah kenapa tiba-tiba hari ini setelah siap urusan "Rumah-tangga" (Ehem! Rumah jerrrsss, tangga belom lagi. Senyum.. Ahaks!), Raz terasa ingin sangat mendengar lagu. Adik Aizat terpilih. Bertuah hang Aizat! Akak pilih suara hang! Hari ini dalam sejarah. Jom kita layan liriknya yang menarik di bawah ini. Raz terpikat dengan bahasa 'hiperbola' yang terselindung di sebalik liriknya. Agak bagus! Suaranya pun serak-serak sayu menusuk kalbu. Bolehlah dilayan Raz yang tidak suka melayan nih. Senyum lagi.
"Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi.
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia"
Bahagian yang menyebut "Hujan lebat mencurah kini.." itu, Raz suka sangat!. Manis di dengar. Mungkin sebab Raz menyukai keindahan hujan atau mungkin yang tersirat di sebalik liriknya yang mempunyai kisah menyentuh hati. Segalanya "mungkin" sahaja..
Hakikatnya di dalam hidup kita, samada rela, terpaksa atau sengaja, ada sahaja insan atau memori yang datang dan pergi. Itulah namanya takdir Ilahi. Bagaimana indah pun suatu kenangan yang tersimpan atau bagaimana dalam jua kasihnya kita kepada seseorang, sampai suatu saat Allah akan membuatkan kita melalui situasi "Pergi" seperti yang terlirik. Benar! Persediaan awal hati untuk tabah menghadapi keadaan ini perlu diadakan walaupun kita tidak meminta ia berlaku dan tidak ingin ia berlaku.
Apa jua yang kita lalui di dalam hal yang berkaitan dengan ketentuan Allah ini kita wajib hadapinya dengan keadaan yang sederhana, yakni jika gembira, usah terlalu gembira dan jika sedih jangan terlalu derita. Benarlah sepertimana firman-Nya dalam surah Al-An'am ayat 44 yang bermaksud :-
"Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) buat mereka, sehingga mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka. Kami akan menariknya daripada mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
Mahu tidak mahu, itulah rencah hidup bagi kehidupan dunia yang hanya jelasnya sementara cuma dan kita semua adalah makhluk baharu yang dicipta Allah tidak akan kekal menongkat dunia. Berpisah 'hidup' atau berpisah 'mati', pasti ia terjadi.
Walaubagaimanapun takdir yang Allah Subhanahuwataala sediakan untuk kita, Dia-lah yang Maha Mengetahui hikmah dan kebaikan di sebalik aturan-Nya tersebut. Jika usia kita panjang, "Biarkanlah kenangan tersebut berbunga di ranting usia." Ya, jadikan ia pengalaman yang mengajar kita menjadi insan sejati. Insan yang kuat dan tabah melalui masa hadapan dan InsyaAllah juga insan yang redha dan sentiasa memupuk keimanan kerana belajar memahami cinta Tuhan hingga akhir hayat diri.
Jika kenangan itu buruk, jangan jadikan ia dendam. Harumkanlah ia sebagai pengajaran yang buruk adalah untuk diperbetulkan. Manakala jika kenangan itu baik, jangan terlalu asyik. Bersyukurlah, kebaikan itu mengajar kita mengenal maksud kebaikan Allah yang mendalam. Ameen Ya Robbal Alamin. Subhanallah.
Teruskan hidup. Berjuanglah sehingga nafas di hujung halkum dan pastikan kembalinya kita kepada Allah nanti adalah "Pergi" yang bersih dan diampuni Ilahi. "Pergi" yang diredhai dan pergi yang putih suci!
Wallhua'lam.
Salam cinta hablumminannas dari Raz.R kerana Allah.
Jaga diri baik-baik na? Ingat Allah selalu, jangan jemu.
Senyum yang tidak henti dan senyum ini kekal diingatan. InsyaAllah. Ameen.