Senyap mengimbau bisik kata dalam sukmabertanya dan terus bertanya,"Ahhh..! Apa ada denganku?"
Makin persoalan melata, semakin keliru meragut jiwa..Sisa hidup yang berbaki pada diri, layakkah lagi?memenangi ranjau hidup iniSerasa sisa hidup kian buruk dan lapuk, dikawal rajukkaki diikat kata paculan lidah manusia demi manusiamendominasi kekerdilan batin dihujah sia-sia...Ahh!! Aku yang pilih!! Aku yang pilih!!Meski apa tunjahan naratif buana yang melangkuh sengketa...,Aku ingin berlari sekuat hati merentas lorong yang gelapwalau di hujungnya cahaya ilusi, biasannya tetap mencerahi...Kata bijak pandai : " Dunia berhak tahu kisah kebenaran!"
♥Razzie Razzmatazz
04.05.2014 @ di hening zohor.
Salam kasih Kerana Allah
![Salam kasih Kerana Allah](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUGaRR7rmTx1qGSQosGY2JgGhydV0RHN3Ss089F1qj4CIjZUymM3l8BNhlfmLrJfWm-Bou1sjjnv9uvULlVu1nM3paYE7pAtlh6BpzhyphenhyphenhQZeR6hU_kGNHh4PH-aNLTYR4lCW2_ZCVIoP6c/s1600/Terima+kasih+blog.gif)
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman