Bissmillahirrahmaanirrohim...
Raz suka untuk merantaikan perkongsian ini di halaman Raz untuk sama-sama terus kita ingat kepentingan bersolat dengan ilmu bagi mencapai keberkatan dan keberkesanan kasih-sayang Allah swt dalam setiap ibadah kita.
Ibadah yang pertama sebelum memulakan ibadah yang lain agar ia benar-benar bererti adalah 'SOLAT'. Andaikata baik solat yang kita kerjakan maka baiklah amalan-amalan kita yang lain, In-sya-Allah.
Tulisan ini diambil dari laman seorang sahabat untuk pembacaan dan amalan bersama. Semoga mendapat keredhaan Allah Ta'ala. Ameen.
Belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang
akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan
sempurna.
Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan
ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah
mutunya.
Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini
maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Ilmu itu
merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya
(sebagai makmum)"
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Sabdanya lagi yang bermaksud:
"Bahawasanya
tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil"
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini,
akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t.
Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang takut
kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman)."
Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa
kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah
s.w.t.
Dari perasaan takut itulah yang akan
menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam
ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun
ayat 1 - 2 yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah
beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam
solatnya."
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri ,
tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. Baca
dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al- fatihah tu tak
sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir,
selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja . yang lain rukun fi'li. niat
rukun qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang
pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan
tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir.[Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama.[Qauli]
13. Tertib [Qalbi]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama
"Ar-Rahman",yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);kerana Allah mempunyai banyak nama- nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara
itu. (Surah Al-`Isra' ayat 110)
Terima kasih.