Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Monday, September 22, 2014

Terlalu

Terlalu sakit...
tersungkur di rengek hati yang rebah,
saat meredah rindu dalam redha,
gugur, jatuh menyembah bumi
titis mengalir melindungi rosaknya sekeping hati,
calar, carik, luka, robek dan patah.

Terlalu...
terlalu amat perit,
menadah jiwa, menyanjung do'a,
merayu kedamaian jiwa,
tika tabah mengaku takdir-Nya.

Terlalu...
terlalu sulit,
melayarkan maksud ungkapan rasa,
hanya menanti masa,
merawat dan menyembuh urusan-Nya.