'Andai dapat ku lukis rindu, meski kering takungan warna, tidak akan tergambar rupa bentuknya' |
Tulisan kali ini tidak memberitahu bahawa Raz sedang menyambut tahun baru kerana Raz telah menyambutnya pada awal Hijrah 1434 yang lalu. Cuma, Raz mengambil kesempatan untuk sekadar singgah pada kelainan hari ini yang tiba-tiba memaut runcing di lipatan nurani kecil Raz.
Apa yang Raz rasa?
Tahun 2012.
Ia telah Raz lalui dengan banyak kisah manis tetapi perit dan banyak melibatkan hati. Banyak juga air mata yang tumpah. Banyak juga senyuman yang kembang. Pasang surut iman ini diuji dengan latihan-latihan dari kurniaan yang diberikan oleh Ilahi.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Subhanallah!
Walau tragedi sedih dan menghibakan memonopoli hampir sebahagian tahun 2012 tersebut, Raz tidak menyesal dengan apa yang telah diharungi. Ada kesakitan, ada kelesuan, ada rasa yang sepatutnya Raz penuhi dengan kebencian dan kemarahan tetapi tidak sedikit Raz selitkan semua perasaan lemah itu kali ini. Kerana apa? Kerana Raz tahu dan berkeyakinan bahawa apa yang Raz rasa itu adalah ketulenan dan kesejatian yang tidak pernah Raz rasakan sebelum ini. Tiap pengalaman yang Raz tempuhi mengikat Raz dengan suatu perasaan yang Raz tidak dapat ciptakan dengan kata-kata. Hanya Allah yang dapat memahaminya.
Akhirnya tahun 2012 ditamatkan dengan tafakkur, meneliti dan menilai apakah rahsia sebenar yang Allah cuba beritahu Raz. Keputusan ringkas dari semua helaian-helaian 2012 tersebut adalah CEBISAN-CEBISAN KEKUATAN DAN KETABAHAN yang telah Raz kumpulkan tahun bercampur tahun untuk menghadapi lebihan nafas di tahun yang seterusnya, jika diizinkan Allah.InsyaAllah, ameen.
Hidup adalah pengajaran bagi kita yang mahu belajar dan mengajarkan diri.
Salam kasih kerana Ilahi.
Semoga Allah melindungi kehidupan kita dari kesesatan yang menjauhkan kita dari pengampunan, kasih-sayang dan redha-Nya. Ameen.
Tulus dari Raz.R
01hb Januari 2013
Se^__^nyum.