Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, January 4, 2013

Astaghfirullah.. Ampuni Hamba


Detik berlalu..
Waktu lepas yang dihitung
Dalam kelam kelekaan hamba
Dalam hutan kesibukkan hamba
Berjuta dosa-dosa hamba
Hamba ketawa
Hamba suka
Hamba berduka
Namun, hamba lupa
Hamba asyik diusik gemersik
Hamba hanyut kesayupan rasa
Hamba terbawa enaknya yang sementara
Hamba mengundang kecewa
Di goda ingin, dibuai gelora

Sungguhnya benar, Ya Robbi
Sekeping hati hamba dilorek hitam
Begitu tebal ketara
Terlindung cahaya
Sehingga kasih yang hamba pilih
dan cinta yang hamba tagih
Jauh dari kasih dan cinta-Mu
Ampuni hamba Ya 'Azza Wajalla
Betapa hamba menipu diri
Betapa hamba mengingkari
Betapa kerdil dungunya diri

Ilahi, Rabbi
Pandulah hamba untuk kembali
Memanjat keMuliaan-Mu
Di kerudung Rahmah dan Redha-Mu
Astaghfirullah, ampuni hamba..





~Raz.R~
Jumaat 04.12.2013
Senandung Maghrib

"Wahai orang-orang yang beriman..! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi  Allah, jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan." ( Surah: Al-Saff : 2-3)