Salam kasih Kerana Allah
Tuesday, November 27, 2012
Pengorbanan Yang Dilupa
Wanita itu kurniaan Allah yang terindah dan terpenting di dunia, tapi banyak perjuangan dan pengorbanan wanita kadang-kadang tidak di ketahui kebanyakan lelaki.
Justeru kerana mereka itu lelaki, tidak sama emosi dan nurani seperti wanita. Menjelaskan perasaan dengan kata sama sekali tidak akan sama dengan mengalami sesuatu perasaan. Semua orang bijak bercerita, tentang ini dan itu, begini dan begitu tetapi memahami dengan hati, mengerti dengan iman dan keikhlasan yang tulus, banyak yang gagal.
Antara pengorbanan wanita yang selalu dilupai lelaki:→
1. Ketika suami bernikah lagi, dan wanita sedaya upaya berusaha menerima (di atas alasan kemampuan ekonomi, agama atau apa jua alasan pun), dia akan duduk bersendirian di setiap malam dalam gelap kamar saat suaminya tengah mendakap dan bercumbu mesra dengan seorang wanita lain di ranjang lain yang ternyata bukan dia. Dia mungkin saja akan menangis kerana terluka walaupun redha, tapi demi kasihnya kepada suami atau kebaikan anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.
Sedangkan lelaki, belum tentu akan dapat menerima kenyataan ketika keadaan yang sama melalui dirinya yakni membayangkan andai isterinya juga dicumbui lelaki yang lain selain dia. Pasti, si suami tidak tega menerimanya. Dan isteri memiliki kekuatan menghadapi kesakitan dengan pengorbanan yang sedemikian rupa.
2.Sebagai isteri adakalanya dia memendam segala impian dan rela mengorbankan impian-impiannya demi mengurus suami (yang kadang-kadang bersifat keanak-anakkan dan minta diurus) disamping anak-anak yang kian membesar dengan pelbagai karenah. Dia bersabar demi keduanya.
3.Ketika suami mengutuk tentang masakannya, dia akan bersusah payah belajar masak dari siapapun supaya dapat menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.
4. Dia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Waktu kerjanya tidak berbatas. ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak,membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak untuk ke sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya, dan menseterika dengan rapi.
5. Kemudian setelah begitu letih mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi segala hasrat suaminya. Mulianya seorang isteri adalah: tukang masak, tukang cuci, tukang jahit, babu, kilang anak dan wanita penghibur digabung jadi satu.
6. Bilamana suaminya ingin memiliki anak 4,5,6 atau 9 orang, dia sebagai isteri harus bersedia menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkan anak-anak suaminya. Suami mungkin tidak terlalu faham penderitaan dan kesakitan sebegini kerana mereka tidak mengalaminya.
7. Walaupun lelaki jarang memahami akan hal yang dirasai wanita , tapi Allah Maha Pencipta Maha Mengerti, sebab itulah DIA menyediakan ganjaran pada pengorbanan wanita. Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak, Allah terus sahaja memberinya syurga tanpa dihisab. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka Allah mempersilakan dia memasuki syurga dari mana-mana saja pintu yang dia suka.
Dan Allah juga Maha Tahu bahawa tidak ramai lelaki yang mampu memahami wanita sebaik-baiknya kerana itu Allah juga memberi ganjaran kepada mana-mana lelaki yang berjaya menjadikan dirinya berlemah-lembut dan bersikap yang paling baik kepada isteri dan keluarganya.
Renung-renungkanlah. Terlalu berkira akan kepentingan diri akan banyak mencacatkan keindahan hidup rumah-tangga yang sebenarnya. Sepakat dan muzakarah antara keluarga, masyarakat, teman atau juga di tempat kerja. Itulah yang mampu membina keteguhan ummah yang sebenar-benarnya.
Wallhua'lam.
~Raz.R~
27.11.2012
Hanya berkongsi
Ilmu adalah hak milik semesta yang perlu diterokai bersama,
bukan untuk individu yang menggunakan ilmu demi kepentingan nama, kepuasan dan harta.
Se ^__^nyum.