Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, February 17, 2012

Bebas!


Bebaskan kesempurnaan!
Pencarian itu tak mugkin ketemu
Kecuali kepada SATU
Yang Sempurna diazalinya
Yang ADA sedianya
Bebaskan kesempurnaan itu
untuk-Nya! Hanya pada-Nya!

Bebas!
Bebaskan qalbu yang terbelenggu
dipaut untaian terburu-buru
Pintu-pintu luas terbuka
menjemput syaitan mentertawa
Memanggil-manggil kemanjaan
dipenjara khilaf kesilapan
dilumpuri kesesatan
digagalkan kesudahan
dirasuk kekeliruan
Mainan kecelaruan
dalam kebencian Tuhan...