Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Thursday, February 20, 2014

Adikku Sayang




Adikku sayang...
Usahlah bimbang,
biarlah apa kata orang,
teruslah berjuang.


Adikku sayang...
Walau apa rundungan,
ranjau hidup sudah suratan,
takdir kita dalam ujian.


Adikku sayang...
Walau dunia mengumpulkan dirimu berjuta manusia,
bukanlah manusia itu berkuasa,
melainkan hanya Yang Esa,
tetaplah hati kepada DIA,
Dia-lah tempat seluruh percaya.
Kita hamba kepada Allah Ta'ala,
Bukan hamba kepada manusia.


Adikku sayang...
Sentuh degup hatimu,
Rasakan di situ, ada doa ayah dan ibu,
Penuh harapan di hujung kalbu,
Seluruh kasihku juga untukmu,
Tanpa hambar atau jemu,
jauh pun dirimu, dekat selalu.


Adikku sayang...
Usah sedih kecundang,
Jangan terus dibiar walang,
Genggam semangat kembang,
Kentalkan jiwa tidak terbilang.

Adikku sayang...
Solat dan sabar,
Hamparkan di hatimu iktibar,
Yang layu kan tetap mekar.


Adikku sayang...
Pada dirimu ada rahsia,
Hadirmu sebenarnya istimewa,
Hanya dirasa dek manusia mulia.


Adikku sayang,
Mungkin hilang yang curang...
Digantikan Allah yang baik mendatang..


Subhanallah. Walhamdulillah. Walaailaa ha illallah.
Berzikirlah, jangan kalah.