Just lately, asyik berhujan di mata sahaja. Kadang-kadang tak menangis pagi, air mata itu turun mencurah di malam hari. Sesekali ia bersebab. Sensitif betul sekarang ni. Faktor usia agaknya. Hihi..
Bila lepas menangis, ada sesuatu perasaan lain bila ia berhenti. Lega.
Jujur, ia lebih terasa lega. Seolahnya ada sesuatu yang berketul-ketul di dada jatuh turun sebagai air. Macam hujan yang turun membasah bumi. Awalnya tanah tandus, esoknya menghijau. Begitulah agaknya.
Aku payah menangis. Sudah dilatih diri untuk tak mudah menumpahkan air mata. Mungkin banyak sebab yang terpendam yang tak dapat terluah membuatkan aku sedemikian jadinya. Selalunya kata-kata akan menjadi bisa apabila diluahkan kepada yang tidak pernah maklum apa yang terisi di dalam jiwa. Baiknya apabila menangis, kita dapat membebaskan kata-kata dengan senyap, lalu lupa untuk melukakan hati sesiapa dengan kata-kata kita. Hati pun menjadi lembut dan memaafkan selepas menangis.
Ada hikmahnya.
Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman
Tuesday, May 12, 2020
Saturday, May 9, 2020
Kena Terima
Bissmillahirrahmanirrahim
Kita kena terima.
Jika ada yang berubah tiba-tiba.
Dahulu rapat, sekarang renggang.
Terima sahaja.
Dahulu kita didahulukan, sekarang dibelakang.
Terima sahaja.
Dahulu selalu ada, sekarang makin hilang.
Terima sahaja.
Dahulu sayang, sekarang kurang.
Terima sahaja.
Salah siapa?
Jangan ada siapa disalahkan.
Dimana kurang?
Jangan ada pertikaian.
Terima sahaja.
Fitrah kehidupan, sunnah hayat yang sementara.
Tiada yang kekal selamanya.
Kawan, boleh sahaja jadi musuh.
Sahabat boleh sahaja tidak ampuh.
Cinta boleh sahaja cerai.
Yang hidup akan mati.
Yang segar akan basi.
Yang rancak, akan sepi.
Kita pun sementara cuma.
Sudah puluhan usia.
Mungkin suatu masa, kita pun sama.
Boleh sahaja berubah serta-merta.
Berikanlah diri senyuman.
Ukirkan hati keikhlasan.
Kerana berjaya terima ketentuan aturan Tuhan.
'Allah sayang", kata ustaz Ebit Liew.
Setiap perubahan, ada kemajuan.
Setiap jatuh akan bangun.
Setiap kesulitan ada kemudahan. "Inna maal usriusra"
~SABAR, TENANG dan REDHA~
Thursday, April 30, 2020
Satu Hari Diari PKP
Hari ini hari ke7 Ramadhan 1441H. Hari Khamis.
Awak buat apa hari ini? ๐ Puasa tak? Hihi... InsyaAllah, Alhamdulillah, puasa itu indah.
Rasa nak enterikan sesuatu ke dalam laman ini hari ni.
Bayangkanlah sudah 44hari duduk di rumah semenjak dunia dilanda wabak covid19. Bangun tidur, terfikir, "Ya Allah.., apa yang Kau aturkan untukku hari ini agaknya?"
"Jika aku banyak dosa yang lepas, kau ampunkanlah aku, dan kau lindungilah aku dari berbuat dosa lagi ya Allah.. Ya Allah, jika wabak ini hikmah yang baik untuk kami, Engkau berikanlah kami hidayahMu. Jika ia adalah bala, mohon Kau ampuni sekelian kami hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Kembalikan kehidupan kami dan tetapkanlah kami dalam percaturan yang penuh cintaMu. Bukankah Engkau Maha Berkuasa, Ya Robb..."
Dah tak tahu apa nak buat dah di rumah. ๐คญ Hihi.. Bangun sahur, buat aktiviti rutin, lepas tu yang lebih-lebih tu, asyik nak masuk alam mimpi sahaja. Bimbang juga, kalau asyik membuta sahaja. Ustaz kata, "Training ke alam barzakh ke?" Aihh.. takut!
Alhamdulillah, borring punya pasal, tiap-tiap hari intai di halaman rumah. Nasib baik Allah izinkan pokok- pokok hijau tumbuh. Alam menjadi penghias mata. Allahyarham ayah tercinta tinggalkan pokok- pokok yang kini ada yang sudah menghasilkan buah, Alhamdulillah. Sengaja aku nak simpan di sini untuk kenangan. Aku cuma sambung usaha ayah menjaga sekadar yang terdaya.
Sementelah melayan rindu yang membuak-buak kepada hari-hari biasa sebelum PKP, aku selitkan persahabatanku dengan pokok- pokok yang ada di sekitar rumah. Kadang-kadang aku berbual dengan pokok-pokok itu. Hahaha.. macam orang mental, tapi sebenarnya pokok itu ada nyawa dan hidup. Makhluk macam aku juga. Aku yakin mereka dapat dengar. Lagipun, bila pandang pokok yang mengeluarkan tunas baru hari-hari ni, rasa tenang juga.
Berbual dengan manusia, kadang-kadang mereka ambil peduli tentang apa yang nak kita luahkan, tetapi ada hari mereka tak ingin pun ambil tahu apa yang kita lalui sebab mereka juga ada emosi yang perlu diuruskan.
Biarlah bersembang dengan pokok. Nyaman jer hati. Hihi!
MasyaAllah, dah masuk waktu Asarlah... Tak dapat nak tulis lebih. Sebentar lagi nak kena masak dengan adik-adik tersayang. Lepas tu, bergegas buka puasa dan lain-lain.
"Masak apa hari ni?" ๐ Waktu PKP ni, bersederhana jer. Masak apa yang ada, asalkan dengan syukur dan kasih-sayang.
Jom kita terus sama-sama berdoa. Ramadhan kan bulan rahmat? Moga Allah makbulkan doa aku dan kalian. Mungkin ada diantara kita doanya Allah terus terima.
Amin...
![]() |
| Anak kangkung. Baru jer seminggu ditanam. Nanti bolehlah buat masak kangkung belacan... hehe |
Friday, April 10, 2020
Perintah Kawalan Pergerakkan 2020
Siapa dapat mengagak.
Hari-hari yang dilalui dengan gelak ketawa, suka duka yang biasa. Perjalanan hidup yang penuh warna. Hari hidup yang penuh rancangan dan cita-cita. Kerjaya dan kebebasan.
Tiba-tiba.....
Negara mengumumkan rakyatnya agar "Duduk di rumah". Bercuti yang bukan dalam takrifan percutian. Ha,kau! Sibuk sangat nak cuti? Bila kerja, pantang lepa, nak ambil cuti, nak rehat, nak ke sini, nak ke sana..., dan sekarang sudah 24 hari "Duduk di rumah" , perdana Menteri cakap "Stay at home!" Malah akan bersambung lagi.
Sejarah tercipta, satu dunia manusia dipaksa dan terpaksa duduk di rumah. Siapa sangka kan?
Siapa sangka umat manusia dilanda rusuhan virus halus yang bernama Corona. MasyaAllah. Lahawla wala quwwata illa billah.
Inilah takbir dan takdir Allah yang menunjukkan manusia ini terlalu kerdil dan lemah.
Pergerakkan terbatas. Nak bersosial atau bersilaturrahim sudah disekat. Yang jauh dengan keluarga pun tak berpeluang bertemu keluarga. Masing-masing punya pengorbanan dan memainkan peranan yang besar untuk mengembalikan dunia sifar virus corona. Allahuakhbar!
Gerun sungguh dengan hasilnya di masa hadapan.
Setiap hari, aku pun lalui hari-hari yang sama macam orang lain. Duduk di rumah dan hanya melihat dunia melalui alat media. Awal-awal tu kesannya amat menggelisahkan. Allah sahaja yang tahu. Pelbagai spekulasi, pelbagai cerita yang melintas di depan mata melalui media. Sangat merungsingkan. Fikiran dan cerita tidak berkisar tentang hal lain, cuma tentang makhluk Allah virus halus itu. Wabak semakin membiak. Kematian semakin melambak. Sedih dan takut. Keimanan tercalar. Sudahlah diri tidaklah berapa sangat kuat imannya. Allahu...
Makin hari, menanti apa jawapan hidup untuk seterusnya. Makin macam-macam kesimpulan. Petanda kiamatkah ini? Dunia sedang kiamatkah? Atau adakah sumbernya daripada manusia-manusia yang zalim dan rakus kepada kuasa sehingga membuatkan aturan dunia lumpuh dan mereka berjaya menakluk dunia? Haishh... macam-macam teori yang terbit, hampir semua aku baca dan kaji. Makin otak terasa lemah dengan sambungan emosi.
Allah. Innalillahi waiina ilaihi rojiun..
Tak boleh jadi macam ni.
Sudahlah terkurung, nanti hidup menjadi murung. Memikirkan rezeki dan sebagainya.
Sudah sampai masanya, aku patut biarkan sungai mengalir mengikut arahnya. Ikut sahaja aturan Allah. Tak perlu dikaji lagi. Tak perlu dipertikai. Semuanya dalam perancanganNya.
Aku terbaca saranan yang agak baik untuk diamalkan terhadap diri.
1. Jauhkan diri kita dari berita tentang virus corona. Segala yang perlu kita ketahui, kini kita memang sudah mengetahuinya. Jadi, kita terima dengan berlapang dada dan bersabarlah melaluinya.
2 . Jangan mencari jumlah yang mati, kerana ini bukan pertandingan sepak bola untuk mengetahui hasil akhir ... Hindari itu.
3. Jangan mencari informasi tambahan di Internet, kerana itu akan melemahkan kondisi mental kita.
4. Hindari mengirim pesan atau berita-berita spekulasi yang tidak jelas malah menakutkan dan membuat frustrasi, kerana beberapa orang tidak memiliki kekuatan mental yang sama seperti kita. kita sudah tidak membantu mereka, anda bahkan akan merangsang penyakit mereka, misalnya despresi.
5. Dengarkan dan hibur hati kita dengan suara Al-Quran di rumah, cari permainan untuk menghibur keluarga bertukar percakapan dengan mereka dan cerita kisah-kisah yang lain kepada mereka. Inilah masanya untuk lebih memahami keluarga kita.
6. Pertahankan disiplin kebersihan di rumah kita dengan mencuci tangan dengan sabun dan air secara teratur dan memperingatkan semua orang yang tinggal bersama kita
7. Suasana hati positif anda akan membantu melindungi sistem kekebalan tubuh kita, kerana pikiran negatif telah terbukti melemahkan sistem kekebalan tubuh kita dan membuatnya tidak sihat dan tidak dapat melawan virus.
8. Yang paling penting dari semuanya adalah kita perlu yakin bahawa episod ini akan berlalu dan kita semua akan selamat.
9. Cari alasan untuk tetap tenang dan gembira dengan apa adanya dalam suasana kita sekarang. Yakin kepada Allah yang mentakdirkan ini semua dan yakin juga yang memulihkan semua ini juga Allah.
10. Berhenti bercanda dengan kumpulan-kumpulan yang boleh mempengaruhi emosi kita menjadi lemah di sosmed. Hubungilah mereka yang kita rasa boleh menggembirakan dengan ransangan dan nasihat. Tanyakan khabar dengan nada suara yang positif.
11. Perlakukan diri sendiri dengan aktiviti yang banyak di rumah. Kalau perlu habiskan sebuah kitab, atau perbanyakkan amalan zikir, maka buatlah sekarang. Masa istirehat kita banyak. Isikanlah dengan hal yang sihat zahir dan batin.
12. Jika kita rasa perlu abaikan alat-alat media seperti telefon atau televisyen untuk sementara waktu, silakanlah. Ia merupakan terapi untuk kita melapangkan minda daripada berfikir yang negatif. Lihat sekali sekala hanya untuk keperluan ilmu. Jangan rasa kita mungkin tercorot kerana tidak tahu berita dunia kerana semua berita akan kita tahu juga walaupun kita orang yang terakhir.
13. Yang paling penting, kita sentiasa berdoa. Berdoa untuk diri, untuk keluarga, untuk semua orang. Rasulullah saw menyarankan akan hal ini. Salah satu terapi minda yang akan membuatkan kita menjana rohaniah yang baik dan hati yang bersih. Ingat bahawa kita mendoakan orang lain, seluruh makhluk langit mendoakan kita. Bukankah itu membahagiakan?
Semoga hari-hari yang kita lalui di dalam rahmat Allah sentiasa. Saat ini, siapa pun diri kita, buruk atau baik, jangan gagal untuk mengerti bahawa rahmat Allah mengatasi murka-Nya.
Duduk di rumah dan senang-senangkanlah diri dengan harapan yang terbaik dalam hati. Allah tidak zalim.
Bantuan-Nya akan datang untuk kita yang tetap terus bersabar.
Amin.
Salam kasih di hari Jumaat. Allahuma solliala sayyidina Muhammad. Waala alisayyidina Muhammad.
๐๐Note: Bila saya diam, nota ini akan membuatkan awak faham.
Thursday, March 5, 2020
Pura-pura BERSOLAWAT
Satu amalan yang istimewa, diterima walaupun kita hanya berpura-pura adalah solawat. Sekalipun kita ini rasa tidak layak untuk bersolawat, Rasulullah SAW tetap menyambutnya.
Ruginya, jika semasa hidup kita tidak bersolawat.
Hayati kisah pendek ini:-
Diceritakan bahawa seorang artis wanita terkenal yang sering membintangi filem-filem di Mesir,
suatu ketika mendapat watak berlakon di sebuah filem untuk melakonkan Sayyidah Rabiatul Adawiyah.
Dalam filem tersebut dia hanyalah berlakon, pura-pura menjadi seorang wanita solehah, berlakon melakukan banyak solat dan ibadah-ibadah yang lain termasuk memperbanyak membaca selawat, kerana memang Sayyidah Rabiatul Adawiyah, tokoh yang dia lakonkan itu, selama hidupnya mengamalkan 25,000 selawat setiap hari. Mahu tak mahu si artis pun pura-pura pula banyak berselawat selama shooting film tersebut.
Dipendekkan cerita. Tak lama berselang setelah artis tersebut menyelesaikan filem tersebut, dia bertaubat. Asbab taubatnya sungguh luar biasa.
Dia bertaubat setelah diberi keberuntungan bermimpi Nabi Muhammad ๏ทบ dalam tidurnya. Setelah mimpi, dia mendatangi seorang ulama ternama di Mesir yaitu Syeikh Mutawwali Sya'rowi untuk membimbing taubatnya.
Itulah kehebatan selawat. Selawat dibaca walau dengan pura-pura pun tetap sampai kepada Rasulullah ๏ทบ dan diterima oleh Allah ๏ทป.
ุงَُّูููู َّ ุตَِّู ุนََูู ุณَِّูุฏَِูุง ู ُุญَู َّุฏٍ ۞ ุงَููุงุชِุญِ ِูู َุง ุฃُุบَِْูู ۞ َูุงูุฎَุงุชِู ِ ِูู َุง ุณَุจََู ۞ َูุงุตِุฑِ ุงูุญَِّู ุจِุงูุญَِّู ۞ َูุงَููุงุฏِู ุฅَِูู ุตِุฑَุงุทَِู ุงูู ُุณْุชَِููู ِ ۞ َูุนََูู ุขِِูู ุญََّู َูุฏْุฑِِู َูู ِْูุฏَุงุฑِِู ุงูุนَุธِูู ِ ۩
Diceritakan bahawa seorang artis wanita terkenal yang sering membintangi filem-filem di Mesir,
suatu ketika mendapat watak berlakon di sebuah filem untuk melakonkan Sayyidah Rabiatul Adawiyah.
Dalam filem tersebut dia hanyalah berlakon, pura-pura menjadi seorang wanita solehah, berlakon melakukan banyak solat dan ibadah-ibadah yang lain termasuk memperbanyak membaca selawat, kerana memang Sayyidah Rabiatul Adawiyah, tokoh yang dia lakonkan itu, selama hidupnya mengamalkan 25,000 selawat setiap hari. Mahu tak mahu si artis pun pura-pura pula banyak berselawat selama shooting film tersebut.
Dipendekkan cerita. Tak lama berselang setelah artis tersebut menyelesaikan filem tersebut, dia bertaubat. Asbab taubatnya sungguh luar biasa.
Dia bertaubat setelah diberi keberuntungan bermimpi Nabi Muhammad ๏ทบ dalam tidurnya. Setelah mimpi, dia mendatangi seorang ulama ternama di Mesir yaitu Syeikh Mutawwali Sya'rowi untuk membimbing taubatnya.
Itulah kehebatan selawat. Selawat dibaca walau dengan pura-pura pun tetap sampai kepada Rasulullah ๏ทบ dan diterima oleh Allah ๏ทป.
ุงَُّูููู َّ ุตَِّู ุนََูู ุณَِّูุฏَِูุง ู ُุญَู َّุฏٍ ۞ ุงَููุงุชِุญِ ِูู َุง ุฃُุบَِْูู ۞ َูุงูุฎَุงุชِู ِ ِูู َุง ุณَุจََู ۞ َูุงุตِุฑِ ุงูุญَِّู ุจِุงูุญَِّู ۞ َูุงَููุงุฏِู ุฅَِูู ุตِุฑَุงุทَِู ุงูู ُุณْุชَِููู ِ ۞ َูุนََูู ุขِِูู ุญََّู َูุฏْุฑِِู َูู ِْูุฏَุงุฑِِู ุงูุนَุธِูู ِ ۩
Friday, February 28, 2020
Mulut Kena Jaga, Jangan Mengata
Mengumpat memang sedap. Nampak orang buat silap, wah-wah, hati bagai bersuka-suka, nak sangat mengata! Macam makan mempelam muda, colek dengan sambal belacan pedas. Makin dicolek semakin rancak. Betul tak? Begitulah, bila orang dah sukakan belacan. Samalah seperti orang sukakan mengata orang.
Pesan pada diri yang dekat dengan mati, jaga hati. Daripada kita bazirkan masa mengata orang sesedap rasa, baik kita banyak mendoakan orang. Kita nak bahagia, nak malaikat mendoakan kita, maka kita perlu di jalan yang membawa bahagia tersebut.
Senyum itu cantik. Diam lebih baik.
Pesan pada diri yang dekat dengan mati, jaga hati. Daripada kita bazirkan masa mengata orang sesedap rasa, baik kita banyak mendoakan orang. Kita nak bahagia, nak malaikat mendoakan kita, maka kita perlu di jalan yang membawa bahagia tersebut.
Senyum itu cantik. Diam lebih baik.
Thursday, February 27, 2020
Berharap namun Tiada Harapan
Keinginan orang dengan keinginan kita tak sama. Kita ingin begini, orang lain pula ingin begitu. Ketidaksamaan itu membuatkan kita kecewa. Bukan kerana apa yang tidak sama tersebut, tetapi kerana BERHARAP apa yang kita inginkan SAMA seperti orang lain.
Sama seperti bila kita berdoa meminta Allah kurniakan sesuatu yang sangat-sangat kita ingin namun Allah berikan dengan sesuatu yang lain. Sebab nyatanya Allah lebih tahu harapan kita bukanlah hal yang terbaik untuk kita. Makanya, DIA berikan yang lain yang tidak pernah kita sangka, namun hikmah dan nilaiNya lebih sempurna daripada apa yang kita minta.
Sama seperti bila kita berdoa meminta Allah kurniakan sesuatu yang sangat-sangat kita ingin namun Allah berikan dengan sesuatu yang lain. Sebab nyatanya Allah lebih tahu harapan kita bukanlah hal yang terbaik untuk kita. Makanya, DIA berikan yang lain yang tidak pernah kita sangka, namun hikmah dan nilaiNya lebih sempurna daripada apa yang kita minta.
Berharap tidak salah, tidak juga sesuatu yang tidak indah. Cuma perlu sentiasa bersedia kadang-kadang harapan sebenarnya tiada harapan. Tiada harapan pula bukanlah sesuatu yang tidak baik. Ia adalah satu jalan yang membuka harapan yang lain yang lebih baik. Insha-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)











