Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Thursday, November 14, 2024

FasaTenang Elak Fitnah

 


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Suatu waktu, sudah malas nak berjimba-jimba, bersuka-suki di keramaian, pesta atau apa-apa yang melibatkan suasana padat dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Majlis perjumpaan kawan-kawan misalnya. Selama mana ia melibatkan bercerita tentang orang lain yang menggalakkan fitnah, lebih baik kita diam-diam habiskan waktu yang tersisa di rumah dengan keluarga.

Kan?

Fasa mendambakan ketenangan, hati lapang, jiwa damai.

Bukanlah tidak berminat untuk bermasyarakat namun perlu lihat kepada kepentingannya. Jika sekadar mahu bergossip, bercerita tentang orang lain, lebih baik tak payah. Bila dengar, nak bercakap. Bila bercakap nak terus bertanya macam-macam. Bila cakap macam-macam maka peratus untuk buat salah dalam percakapan sangat banyak. Nanti terlebih hanyut untuk lebih tahu dan terlajak menfitnah atau membuka aib orang lain mahupun diri sendiri.

Cukuplah kita hadiri majlis-majlis jemputan kenduri atau kematian. Yang mana penting kita utamakan. Yang mana tidak memberi manfaat, diamkan diri sahaja.