INDAH HATI - INDAHLAH KATA
"Dunia ini tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat yang betul."
Salam kasih Kerana Allah

Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman
Tuesday, August 26, 2025
Semak Perut Telan Penyapu!
Friday, August 22, 2025
Nuansa Yang Sirna
Perasaan ini gelap. Sirna di dalam terowong hidup yang tidak adil namun itulah hakikat sebenar hidup.
Kita tidak suka tetapi Allah telah takdirkan apa yang tidak kita suka itu sebagai hikmahNya, kebaikan dariNya.
Hati mengegurutu, nuansa rasa makin hari makin tidak berkualiti. Rapuh dalam memahami apakah rahsia Allah.
Membayangkan matlamat hidup untuk menjadi siapa dan mahunya bagaimana, memang indah. Menakluki matlamat dengan usaha dan susah payah, memberikan impak yang besar di dalam kenyataan emosi, semangat dan prestasi diri.
Lebih-lebih lagi untuk yang selalu sahaja 'over thinking'. Ya! Terlebih sangkaan pada waktu yang belum tiba dan suasana yang belum menjelma, kejadian yang belum ada. Fikir dan fikir tak habis-habis.
Antara fikir dengan rasa sakit hati dan fikir dengan tenang menerima takdir serta memperjelaskan takdir yang diatur Allah dengan rasa tauhid yang cuba ditinggikan. Tidak mudah, kawan! Selama mana ada syaitan yang cuba menghancurkan gedung iman di dada.
Friday, August 1, 2025
Sedikit Kata.
Hari ini hari Jumaat.
Tuesday, June 17, 2025
Harta Dunia
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Surut masa untuk menjengah di jurnal ini. Tidak diizinkan aktif menulis. Sibuk! Asyik sibuk dengan urusan dunia sehari-hari. Kadang tertanya entah apa yang disibukkan pun tak tahulah?
Hari ini rasa nak bercerita sikit. Baru-baru ini aku ada menziarahi kematian saudara terdekat. Mata terpancing dengan kisah dunia yang rakus dengan haloba dan tamak. Pelik dengan manusia ni, kan? Moga Allah lindungi kita daripada sikap mazmumah hendaknya. Aamiin.
Harta dunia direbut-rebut berdasarkan syariat al-kononnya. Semua yang ada sangkutan atas dasar ahli keluarga hadir menonjolkan muka berziarah. Alhamdulillah. Namun, ada yang menggerutu di jiwa ini. Geram mencubit rasa.
Mana taknya, sanak-saudara ini, waktu kita sakit, perlukan bantuan, pertolongan dan perhatian tidak ada yang sudi meluangkan waktu. Tidak ada pula yang nak mengaku bertanggung-jawab untuk ambil berat ketika kita sakit. Bila mati, jenazah sudah dikuburkan, hah mulalah yang datang menebalkan muka mengaku diri berhak menjadi tuan punya kepada sebahagian harta dunia yang arwah tinggalkan. Lebih mengecewakan apabila ada yang bergaduh-gaduh soal siapa yang berhak. Muak dan benci hatiku melihat drama-drama sedemikian.
Logiknya, sewaktu hidup perlu sepakat, saling membantu dan ambil tanggung-jawab menjaga si mati. Bukan hanya menagih harta ketika arwah telah tiada. Malu sungguh dengan sikap orang Islam yang macam ini. Ilmu diambil di bahagian yang dia perlukan. Sedangkan pada bahagian lain dipandang remeh dan ditinggalkan dengan sambil lewa sahaja. Memang muka tidak malu betul orang-orang yang macam tu kan?
Bila aku lalui pengalaman tersebut hati dirundung sedih sangat. Berdoa agar suatu masa ketika aku diambil Allah, biarlah harta-hartaku Allah takdirkan bagi urusan akhiratku. Semoga ada yang ikhlas mengambil tanggung-jawab menjadikan ia sumber untuk ku bawa sebagai suntikan pahala di akhirat kelak bagi meringankan azabku sebagai hamba yang banyak dosa ini. Harta si mati sepatutnyalah disedekahkan bagi si mati mendapat rahmat Allah. Astaghfirullah. Bantulah aku Ya Allah. Semoga kematianku husnulkhotimah. Kematian kalian juga. Aamiin.
Lahawlawalaquwwata illa billahil alliyil adziem..
Harta dunia memanglah penting untuk kelangsungan hidup, namun biarlah dipertimbangkan dengan jiwa yang penuh iman apakah kita ini layak menjilat harta orang lain setelah pemergian sekalipun kita ini ada pertalian. Lihat kepada usaha kita menjaga pertalian dengan arwah. Barulah muka kita yang kebulur harta itu tidak jatuh ke lembah busuk ketika menadah tangan menerima hak daripada orang lain. Usahlah tamak sehingga tidak lagi memandang kebaikan sehingga lupa diri.
Wallahu'alambissowab.
Jariah lebih utama.

Tuesday, December 31, 2024
Usia Baru Tahun Baru
Dah masuk tahun baru Rejab. Sekali gus tahun baru 2025. Hidup korang macam mana? Okay tak? Lebih baik daripada dahulu atau sama sahaja takahnya. Atau lebih teruk daripada apa yang diharapkan?
Bagiku, baik-buruk adalah perubahan yang telah Allah tulis. Sama atau tidak, syukur sahaja. Yang pasti sederhana sahaja, dan yang paling penting perlu diingat, mati sentiasa dekat setiap hari.
Sesibuk apa pun duniamu, sekurang atau selebih apapun, itulah hadiah Allah untukmu. Itu kehidupan yang Allah pilih untukmu, kan?
Cuma.
Adakalanya pilihan Allah tidak seperti yang kita harapkan dan doa. Apakah kita perlu salahkan Allah untuk itu? Tidak!Jangan! Sebab Allah Maha tepat dalam percaturanNya. Dia Maha Agung, Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Jangan yakin kepada pilihan kita yang lemah ini. Yakin sahaja sepenuhnya kepada pilihan Allah yang Maha Bijaksana.
Percaya.
Baca ayat Allah dalam gambar di bawah ini ya!
Tuesday, November 19, 2024
Ragam
Thursday, November 14, 2024
Fasa Tenang Elak Fitnah
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Suatu waktu, sudah malas nak berjimba-jimba, bersuka-suki di keramaian, pesta atau apa-apa yang melibatkan suasana padat dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Majlis perjumpaan kawan-kawan, "Re-united" misalnya. Selama mana ia melibatkan bercerita tentang orang lain yang menggalakkan fitnah, lebih baik kita diam-diam habiskan waktu yang tersisa di rumah dengan keluarga.
Kan?
Fasa diri kita sekarang adalah mendambakan ketenangan, hati lapang, jiwa damai.
Bukanlah bermaksud menidakkan hidup bermasyarakat, namun perlu lihat kepada kepentingannya. Jika sekadar mahu bergossip, bercerita tentang orang lain, lebih baik tak payah. Bila kita mendengar, nak bercakap. Bila bercakap nak terus bertanya macam-macam. Bila cakap macam-macam, kebarangkalian peratus untuk buat salah dalam percakapan sangat banyak. Nanti kita akan terlebih hanyut untuk lebih tahu dan terlajak menfitnah atau membuka aib orang lain mahupun diri sendiri.
Cukuplah kita hadiri majlis-majlis jemputan kenduri atau kematian. Yang mana penting kita utamakan. Yang mana tidak memberi manfaat, lebih baik diamkan diri sahaja.