Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Sunday, May 31, 2020

Hujan💦💤


Hujan


Seharian melayani dendangan hujan.  Melodi yang indah. Dari pagi berlarutan malam. Alhamdulillah, kurniaan Allah. Semoga doa kita semua didengari dan sekelian muslimin muslimat diselamatkan dari musibah apapun. Āmīn.... 

Allahumma solliála sayyidina Muhammad.

Aku suka hujan. Kata sang alim, "Hujan adalah makhluk yang sentiasa baru dicipta. Maka ia selalu ada rahmatNya." 

Hujan adalah keajaiban. Tercipta dengan kasih-sayang Allah. Saat ini aku membayangi bermadian hujan di laman hijau. Titis-titis yang jatuh menikam tanah, tiap satunya menyerapkan rindu yang subur. 

Senyum memeluk empuk sang bantal. Sudah jam 10:30 malam. Bersurai kata, ayuh layankan mata. Jom tidur. Bismikallahumma ahyawaamut.