Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, December 21, 2018

Cuba-cuba Faham

Ta'awudz dan Basmallah.

Ujian, 
akan tetap datang dalam pelbagai situasi. Kadang-kadang dalam situasi yang kita tidak sangka, dalam cara yang tidak kita duga. Baik-buruk ia tetap ujian. Yang baik selalu menggembirakan tetapi ia menguji kita sejauh mana kita benar-benar bersyukur. Yang buruklah selalu kita tidak inginkan, sebab ia sangat-sangat menguji ketabahan dan ketenangan kita. Ujian yang buruk inilah yang  banyak mendekatkan kita samada kepada Allah atau kepada syaitan.

Selalunya, detik awal kita menerima ujian, hati, iman dan emosi kita akan berkumpul di dalam ruang yang menggegarkan dada. Di situlah dapat kita ukur, sejauh mana asal diri kita yang sebenarnya. Bolehkah kita bertahan? Bolehkah kita melaluinya dengan 'steady' dan tenang. Banyak jawapan adalah SULIT dan SUKAR. Jarang ada yang dapat bertenang melainkan hati kita telah berada di maqam iman yang Allah sudah lindung dan pelihara kerana kekukuhan ikhlas kita kepadaNya. Orang awam macam kita ini, sering gagal menuntun jiwa oleh kerana nafsu dan dosa yang tebal. 

Kita sentiasa perlu menyeleraskan akal dan hati kita untuk cuba-cuba faham kenapa Allah beri ujian. Cuba-cuba faham, dan kenal pasti asal punca ujian tersebut berlaku ke atas diri kita. Cuba-cuba faham hikmah yang Allah bawa di sebalik apa yang kita tafsirkan daripada ujian tersebut. Kesimpulan akhirnya, sebahagian besar adalah atas kedhaifan khilaf kita sendiri. Ya, salah kita. Namun, Allah jugalah yang datangkannya. Contohnya, andaikata kita bersangka-buruk atas suatu perkara. Dari mana asal sangkaan itu? Kenapa ia berlaku dan apakah kita dapat mengawalnya? Atau apakah kita dapat meleraikan sangkaan buruk itu berakhir dengan kebaikan selepasnya?  Itulah cabang-cabang hikmah yang Allah hidayahkan kepada kita agar kita cuba fahamkan. Apabila kita dapat melepasi ruang sulit dan sukar dengan memahami tersusunnya aturan Allah tersebut, kita akan faham, sangkaan itu bukanlah sangkaan. Boleh jadi selembar kasih-sayang. Boleh jadi juga senaskah kejujuran dan keikhlasan. Makanya, sangkaan buruk itu juga automatiknya bertukar menjadi hikmahNya. 
Itupun, jika kita cuba-cuba faham.

Sekiranya kita terus hentikan meneliti hikmah yang Allah aturkan tersebut, sudah tentulah sangkaan buruk tetap menjadi buruk. Tiada penghujung yang baik melainkan rasa sakit, marah dan berkeluh-kesah dengan pengakhiran yang kita bawa ke teratak syaitan. Semoga kita dilindungi Allah.

Wallahu'alam.
(Terkhusus untuk diri sendiri)
Raz.R
Juma'ah Mubarakh. 
Allahumma solli'ala Sayyidina Muhammad.




Thursday, December 20, 2018

Kita Akan Selalu Rindu

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang tak putus memperingatkan kita tentang Allah.  Rindu kita akan menjadi rindu yang segar dengan perasaan positif terhadap orang yang sedia berkongsi sesuatu tentang Allah.

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang sedia berlapang dada dengan apa sahaja situasi jiwa kita. Tidak ada rasa takut berkongsi pendapat, masalah atau suatu nasihat.

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang sering membuatkan kita ketawa dengan gurau-gurau bersahaja. Walau biasa-biasa cuma, tapi ada manisnya.

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang sentiasa basah memberi kasih-sayang dan perhatian. Tidak kering mengambil berat. Tidak jemu meluangkan masa seadanya menghargai kita dan menjadikan kita penting dalam kehidupannya.

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang memberi tanpa meminta. Mencurahkan rasa ikhlas hatinya tanpa pura-pura, kerana apa yang datang dan pergi tanpa keikhlasan akan terhenti apabila hati dipaut jemu dan keletihan. Usahanya akan berhenti di tengah jalan.

Kita akan selalu rindu,
kepada orang yang kata-katanya menjamah hati memberikan ketenangan. Berbicara dengannya membuatkan kita percaya. Dia sering menterjemahkan kata-katanya penuh keyakinan. Berada di sisinya melahirkan rasa selesa.

Demikianlah, kita yang bernama insan.
Tidak ada manusia yang tidak dilanda rindu. Bahkan si gila pun merindukan majnunnya!
Rindu itu juga pemberian Tuhan. Cuma, sentiasalah kita perhiaskan jalan-jalan rindu dengan iman yang teguh kepada Allah yang memberikan rasa itu.

Seringkali rindu memakan diri apakala rentaknya kita ikut dan campurkan dengan emosi yang bercambah dengan nafsu-nafsi yang jatuh dari batas-batasnya syariat Ilahi.




Tuesday, December 11, 2018

Kenapa Nak Patah Semangat?

Patah semangat?
Kenapa nak patah semangat?
Siapa yang beri kita patah semangat?
Orang?
Haiwan? Hihi.. Tak mungkin haiwan memberikan kita patah semangat. Syaitan, mungkin.

Apa yang kita dapat daripada semangat yang patah?  
Selalunya hati merundum, murung dan kadang-kadang macam orang sewel saja kan? Hati pun jadi gelabah tidak keruan, tenaga pun macam tak ada bateri, malas dan leka. Itu sahaja yang kita dapat daripada patah semangat. Jadi kenapa nak patah? Perlukah kita patah? Sukakah kita pada perasaan yang patah tersebut? Sedih memanjang. Senak jiwa mengganggu aktiviti. 

Kita tidak dapat apa-apa yang elok daripada keadaan patah semangat. Nama pun patah. Satu tiang yang patah, sebuah rumah jadi senget dan makin roboh. Untuk apa?

Jangan patah semangat lagi.
Allah beri kita nyawa. Hargai. Orang yang mematahkan semangat kitakah yang memberikan nyawa kepada kita?  Tidak kan? Kalau kita patah semangat, orang lain akan beri kita rezekikah? Tidak kan?

Carilah jalan untuk tumbuh kembali setelah patah seketika. Menghijaulah. Suburkan kembali segala rasa. Ikut rasa, mati. Ikut hati, binasa. "Do something and create your happiness."

Satu lagi..,
Jika orang cakap kita tak baik dan itu mematahkan semangat kita untuk meneruskan hidup, kita SILAP. Silap kerana membiarkan dia menyekat apa yang kita mahu buat. Menyekat kita menjadi diri kita sendiri. Menyekat apa yang kita suka. Selagi apa yang kita lakukan tidak melanggar syariat Allah dan kita rasa baik dan tidak memudaratkan sesiapa,  teruskan. Kenapa nak biarkan orang lain mematahkan diri kita yang sebenar. Kita istimewa kerana itu saja yang membuatkan kita istimewa. Orang lain nak rosakkan,  kenapa kita nak biarkan dia?

Bersemangatlah. 
Bangkit semula.
Gantikan rasa patah itu untuk tumbuh semula.
"The best way is, your prayer to Allah". Minta Allah kuatkan hati. Doakan selalu. Sujud! "Ignore the bad feeling which trying to concur your inner strength"

Jangan lupa, kita kuat dan Allah berkuasa membuatkan kita kuat!



Monday, December 10, 2018

Ibadah dan Iman seperti Minyak dan Air

"Orang baik, ada jahatnya.
Orang jahat, ada baiknya."

...dan kadang-kadang, orang baik sentiasa baik. Manakala yang jahat tersangat jahat.

Itulah manusia biasa.

Sebaik-baik manusia, ada lemahnya tetapi jangan kita gabungkan ia dengan ibadahnya. Andai kata dia pakai tudung, tetapi dia buat maksiat atau dia solat tetapi dia tetap berzina, jangan kita terus dakwa, "Buat apa pakai tudung atau solat tapi perangai masih jahat?".

Solat dan tudung adalah perintah Allah, manakala sifat dan perangai kita yang tiada kaitan langsung dengan apa yang Allah syari'atkan. Sifat-sifat yang ada pada diri kita itu adalah fitrah (Nafsu-nafsi)yang setiap orang ada. Ia menunjukkan kita makhluk yang tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Allah semuanya. Tugas kita adalah berusaha mengubahnya mengikut ikhtiar dan izinNya.

Ibadah setiap orang itu adalah hak Allah. Tidak ada 'join venture' antara ibadah dan sikap (iman) manusia. Ibarat minyak dan air, walapun rapat tapi tidak bersambung. Ibadah ialah syariat Allah yang kita kena ikut samada kita ini makhluk jahat ataupun baik. Manakala sifat dan sikap kita adalah pilihan kita. Jika kita masih beribadah tanpa memandang Allah zahir dan batin, kekadang ibadah tersebut tidak menjadi jalan untuk kita berbuat baik. Malahan ada yang beribadah, tetapi masih rakus mengikut syaitan kerana imannya terlalu tumpul kepada keduniaan. Manusia yang beribadah tetapi masih berlaku maksiat, dia dipanggil munafiq. Yakni orang yang berpura-pura atau menipu Allah. Allah jualah yang layak menghukumnya di atas perlakuan demikian. Munafiq ini bukanlah perintah Allah tetapi sikap yang kita pilih sedangkan Allah Maha Lembut mengajarkan kita segala hal haruslah dipilih yang Dia redha dan yang baik untuk sekelian makhlukNya.

Sangat bahaya bila kita selalu gandingkan manusia dengan ibadahnya sebagai panduan hidup. Nampak tak betapa halusnya syaitan mempersonakan kita?
"Alahai, buat apa sembahyang, berzikir, jika perangai masih macam syaitan?" Itulah bisikan-bisikannya yang kita selalu dengar.

Ibadah dan iman itu ibarat minyak dan air. Dipersatukan tetapi tidak bersatu.  Namun kiranya kita mencintai Allah, mentaatiNya maka ibadah dan iman akan menjadi pewangi yang mengharumkan kehidupan kita dunia akhirat. Insha-Allah. Mudah-mudahan.

Berilah ruang orang yang mahu belajar, terus belajar. Berilah sokongan kepada orang yang sentiasa beribadah memperbaiki imannya. Kita tidak pernah menjadi malaikat dan kita bukan juga syaitan.
Kita manusia yang selalu Allah kasih yang sentiasa Allah berikan peluang untuk bertaubat selagi ada nafas di jasad.

Allhua'lam bissowab. Moga Allah bantu kita semua. Amin.
Lahawlawalaquwwata illa billahilaliyyiladziem.
Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad.






Friday, December 7, 2018

Jangan Susah Fikir

Banyak benda dalam hidup, kita terlajak fikir. Terlajak fikir inilah yang sering buat kita dirasuk hantu kebimbangan, kegelisahan dan kerunsingan jiwa. Semua itu mengalirkan rasa gemuruh dan tidak tenang kepada emosi hati dan mengganggu kewarasan akal kita.

Kadang-kadang ia tidak sengaja berlaku. Kita tidak boleh nak cuba jauhkan kerana ia datang dengan 'spontan' dan melulu. Kadang-kadang ia menjadi kata hati. Kadang-kadang ia menjadi usikkan helah syaitan. Kadang-kadang ia menjadi firasat. Namun, tidak semua yang kita fikir itu firasat. Kebanyakannya cuma mainan perasaan.

Banyak orang melalui tekanan perasaan dan sakit jiwa apabila terlajak fikir. Ada sebab dan puncanya situasi demikian berlaku. Selalunya kerana pengalaman hidup yang 'extreme' dengan kehampaan dan kekecewaan. Kesakitan fizikal dan mental yang mendera emosi seseorang sehinggakan ia menjadi trauma yang menggerunkan.

Banyak Astaghfar.
Sejenak kita diganggu fikiran-fikiran yang membuatkan emosi kita patah, teruslah menyebut astaghfirullah. Minta ampun kepada Allah. Kita ini manusia yang hari-hari berdosa. Bila Allah sayang, DIA akan uji kita dengan hal-hal yang ringan atau berat untuk menghapuskan dosa. Salah satunya, DIA beri rasa gelisah dan akal kita fikir yang 'macam-macam'. 
Jadi, apa sahaja yang terlintas di akal yang tiba-tiba menjentik emosi kita menjadi terganggu, mintalah ampun kepada Allah. Beristghfar. Astaghfirullahaladziem. Sesali dosa-dosa kita dengan ikhlas, "Ya Allah! Jika aku ada dosa hari ini ampunkanlah aku, Ya Allah. Tenangkanlah hatiku."

Balas kata-kata hati yang buruk dengan kata-kata kebaikan.
Hati kekadang nakal sikit. Suka menggoda akal dengan sangkaan-sangkaan negatif.  Bila ada yang tercetus yang mengganggu fikiran, balaslah dengan kata-kata nasihat kepada diri. Contoh, "Haish! Fikir apalah macam tu? Aku kena doa yang baik-baik. Allah susun dah elok dah."

Jangan susah fikir sangat.
Ringankan fikiran dengan berserah kepada Allah.
Kita tidak pernah jadi Tuhan. Kita cuma manusia yang apa-apapun tetap bergantung kepada kehendak dan aturanNya. Kadang-kadang, apa yang kita susun, kita rancang, kita jaga, kita mahu, semuanya tidak seperti apa yang Allah telah aturkan.

Cara yang terbaik, begitulah.  JANGAN SUSAH FIKIR. Jika tidak, kita akan disusahkan dengan apa yang kita fikir sehingga kita jauh berfikir membatasi kemampuan diri yang sememangnya, tiada kuasa apa-apa.

Okay.
Done! Hehehe... Clear your mind. Senyum. Jumaah Mubarakh. 
Allahumma solli'ala Sayyidina Muhammad.









Monday, November 12, 2018

Cinta Dan Semangat

Orang muda, cinta adalah kehangatan.
Orang tua, cinta adalah semangat.

Kehangatan itu akan menjadi sejuk bila sampai waktu kita tidak mengubahnya menjadi suatu rahmat daripada Allah Taala. Sejajar dengan rasa, seiring dengan iman dan bendung dengan ketertiban akhlak yang menuntut bimbingan diri mencegah kemungkaran dan melahirkan kasih-sayang dengan zarah-zarah keikhlasan yang tidak terbilang dan tak terukur.

Kehangatan akan menjadi dingin beku saatnya kita sudah mula menurut nafsu, emosi dan keegoan yang mencetuskan rasa rimas, malas dan jemu. Kronologi cinta ketika muda mempunyai banyak mukasurat luka dan kecewa. Cinta tanpa akar yang kukuh akan semakin kering disedut pancoroba harian. Lama-lama ia reput, patah dan tumbang.

Bila kehangatan diubah menjadi semangat, cinta itu berubah menjadi tanggung-jawab. Bila ia menjadi tanggung-jawab, ia akan menjadi rantaian yang berputar ke arah kasih-sayang juga. Dari semangat kepada tanggung-jawab. Dari tanggung-jawab kepada sayang dan dari sayang kepada semangat. Kemudian balik kepada semangat cinta.

Pasang surut pasti ada. Ada masa lemah. Ada waktu kuat. Kadang-kadang, tabah dan sesekali akan tawar rasa. Namun jika ada semangat, maka putaran itu akan tetap kembali kepada asasnya yakni cinta.

Tunggak yang yang penting pada cinta dan semangat adalah saling tidak berputus-asa. Saling bersedia untuk mendewasakan diri. Saling berganding memperbaiki kelemahan hati. Saling berpaut dengan "Lahawlawala quwwata illa billah". Saling berdoa agar Allah mendorong zahir dan batin kepada cahaya taufiq dan hidayahNya.

Satu perkara yang kita sering lupa  guna adalah saling merendah diri. Jangan kita lupa cabaran hidup sering amat membuatkan kita saling mencabar, saling menimbulkan keakuan yang menongkak kesombongan diri. Merendah diri memberikan kita semangat untuk saling rasa melengkapi. Apa yang kurang di sebelah sini, ada lebihnya terhadap yang disebelah sana. Apabila dicantum menjadi 'complete'. Indah kan? (tengah senyum nih)
Jadi, betulkan yang biasa kita lakukan, biasakan yang betul. Merendah diri akan menjana rasa saling menyayangi. Insha-Allah.

Akhir keputusan jelasnya, tanpa Allah, tiada sesuatu pun yang bergerak.
Tiada sesuatu pun milik kita. Yang ada sekeliannya adalah milik Allah Taala.
Bercintalah kerana Allah
Bersemangatlah kerana Allah.

Allahumma solli'ala Sayyidina Muhammad



Wednesday, November 7, 2018

Aura Negatif

Semakin meniti kedewasaan, kita akan dibuli dengan keadaan. Dengan pertambahan teknologi yang canggih yang menawarkan suasana 'glamour' memuatnaik kata-kata luahan untuk renungan dan bacaan yang kononya 'sharing is caring' sesama kawan-kawan di media maya, ia lebih memberikan hidup kita sibuk dengan 'status'.

Facebook, Wechat, Whatsapp dan lain-lain sumber ghairah maya seumpamanya ini mempengaruhi suasana jiwa kita. Tersangkut dengan emosi. Lebih sedih bila tersangkut dengan fitnah akibat daripada kehangatan populariti yang kita gahkan.

Ada baik. Ada buruk.
Terpulang kepada tahap keseimbangan ilmu, akal dan kondisi zahir batin kita. Jika kita terus melayani semua menjadi ilmu dan kita lumatkan dalam pimpinan jiwa menjadi sumber positif, alhamdulillah. Baguslah.

Manakala jika kita kumpul semuanya menjadi bahan luahan, tohmahan, cercaan, sindiran, fitnah, dan ekspresi yang menghurai sentuhan emosi yang koyak maka ia menjadi aura negatif. Aura negatif ini adalah suatu penyakit. Ia mampu merasuk diri dan menghasut orang lain. Kekadang menyedihkan menjadi contoh rujukan hidup yang menyesatkan. Pengaruhnya hanya akan merosakkan hati kita.

Cantas sahaja!
Jika kita terlihat atau terbaca sesuatu yang menjadi degup negatif kepada diri kita, jangan takut untuk cantas. Buang! Sebelum ia menjadi bakteria yang mempengaruhi mental kita menjadi 'sakit'.
Andai kata kita tak mampu, iman kita tidak cukup kuat, sebaiknya jangan kita campurkan golongan yang memberi aura negatif di dalam hidup kita.
Jikapun kita ingin menjaga silaturahim, jangan sampai kita terjebak menjadi korban umpatan, kejian, 'gossip', jolokkan yang memusnahkan ikatan kita dengan sesiapa.
Jangan takut untuk menjauhi aura negatif.
Jangan rasa bersalah untuk menjauhi, mem-'blocked', membuang, meng-'unfriend' kumpulan atau individu yang menjadi racun dalam fikiran kita.

Kita buang aura negatif bukan kerana benci. Bukan kerana memutuskan pertalian. Tindakkan kita itu untuk ibadah kita. Bila kita ringankan beban akal dan emosi kita daripada dipengaruhi aura negatif, kita jadi lebih bersahaja, lebih 'simple', lebih tenang, lebih berupaya melaksanakan urusan hidup dunia baik akhirat pun dengan sejahtera.

Remember! Allah beri semua yang kita nak. Ada kejahatan, ada kebaikan. Kemudian, Dia gerakkan kita dengan daya upaya untuk membuat pilihan. Jangan takut untuk memilih apa yang memberikan kebaikan kepada kita. Tak salah pun, jika membuang hal yang salah. 

Jika ada yang merungut tentang keputusan kita, itu bukan masalah kita. Itu pilihannya. Dia yang memilih untuk mempersoalkan siapa kita sedangkan kita berhak menyedari bahawa kita perlu sihat! Sihat zahir. Sihat rohani.

Tak perlu kita terikut-ikut orang lain. Jadilah diri kita sendiri. Macam yang Allah suruh.

Al-Qalam ayat 10-11
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,yang banyak mencela, yang ke sana ke mari menyebarkan fitnah,"


Jaga niat hati kita baik-baik. Ukur kemampuan kita. Kita tahu kan siapa diri kita? Insha-Allah, Allah bantu jika kita mahu.

Semoga kita semua dirahmati dengan aura positif dalam hidup supaya nanti diakhirat tidak tercatat yang negatif yang melalaikan matlamat akhirat kita. Amin Allahuma Amin.

Allahumma solli'ala Sayyidina Muhammad.

Senyum dan Sayang dari Raz.R di papan aksara petang. 




Sunday, October 14, 2018

Hilang Percaya

Manusia biasa.
Bila terluka berkali-kali dikhianati, itulah bahayanya. 
Hilang percaya sebenarnya ibarat kata seperti hilang keindahan hidup. Bukan mudah untuk meniti suatu keyakinan di dalam keadaan kepercayaan yang hilang. 

Orang yang pada awalnya sering bersangka baik, apabila dikhianati, sudah tentulah merasakan keperitan di hati. Kata bijaksana, "Jangan jatuh di lubang yang sama di kedua kalinya".
Begitulah ujian kita.
Keimanan kita akan selalu diberi latihan. Ada iman yang nipis. Ada iman yang tebal.
Kesabaran amat diperlukan untuk bangun semula selepas suatu tragedi berlaku dalam hidup seseorang. Ia tak semudah nasihat. Orang nasihat, hanya menggunakan daya suara dan kata-kata, namun orang yang melalui dengan tindakkan, menggunakan kudrat hatinya untuk melepaskan semuanya menjadi satu pembaharuan di dalam hidupnya. Yang memikul dan yang memandang, kata orang. Berat itu bahu yang terasa. Begitulah lebih kurangnya.

Kata sahabat saya, itu takdir Allah. Buruk-baik, kita kena terima. Benar, tetapi manusia selalunya dengan takdir Allah pun dibuat sebagai permainan. "Tak apa, aku salah, aku minta maaflah". "Tak apa, aku berdosa, aku minta ampunlah, Allah kan Maha Pengampun." Pernah dengar kata-kata macam itu, kan? Menyindir Allah dalam situasi yang halus. Astagfirullah.
Apa tujuan akal dan kudrat yang Allah anugerahkan untuk kita jika tidak menyuruh kita berusaha memperbaiki yang tidak baik kepada yang terbaik? Allah beri syurga. Allah beri neraka. Allah berikan jalan-jalan kebenaran. Allah berikan jalan-jalan kejahatan. Tapi, Allah tidak pernah menyuruh kita, "Wahai hambaKu, masuklah ke dalam neraka". DIA sentiasa menyebut, pilihlah syurgaNya. Dalam ertikata lain, Allah berikan keistimewaan kepada manusia bergerak mengikut kehendak, kemahuan dan usahanya kerana DIA kasih kepada kita. Allah tetap mahu kita memilih mengenali jalanNya yang luas dengan rahmah-Nya.

Demikianlah.
Apapun, moga kita tetap berlandaskan Allah dalam hati kita. Doa supaya kita ditetapkan hati, memahami tujuan Allah untuk kehidupan kita. Tetap kembalikan  segalanya kepada-Nya. Baik-buruk segala sesuatu, bila balik kepada Allah, maka akan tetap akan menjadi sesuatu yang baik. Pulang kepadaNya sebagai kurniaan. 

Insha-Allah. Amin. Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad.

Note: Aku sedang melatih diri.



Saturday, September 29, 2018

"Awak"




Bissmillah. Pedoman untukku jua.


Awak..
Jaga diri, jaga hati, jaga perasaan sendiri,jaga perasaan org lain juga. Doa banyak² untuk segala urusan. Doá utk sekelian muslimin muslimat. Doá utk Agama juga ya.


Awak...
Fikir positif utk setiap perkara yang berlaku. Apa yang jadi semua dah ditentukan, tak ada kebetulan di dunia ini.Semua Allah dah aturkan."Takkan gugur sehelai daun di waktu malam melainkan dibawah pengetahuan Allah". Sehelai daun yg gugur di dalam dunia ni pun Allah yang tentukan inikan pula perjalanan hidup kita manusia.

Awak
Sentiasa tabah,sabar dalam apa jua keadaan."Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar".Bahagiakan org tua,Inshaallah, Allah bahagiakan kita. Sentiasa jaga adab sebagai muslim,sentiasa berbaik sangka,sentiasa hargai apa yang datang .Berbaik sangkalah dengan segala aturan Allah Yang Maha bijaksana "Sesungguhnya Allah bersama dengan sangkaan hamba-hambanya".Kejar redho Allah,bukan kejar redho diri sendiri.Ikut kehendak Allah,bukan kehendak diri. Jangan tertawan oleh nafsu, kawallah ia supaya berada di ruang keredhaan Allah.


Awak..
Manusia dilahirkan berkehendak,Allah juga berkehendak.Bila kedua kehendak ini bertembung maka pilihlah kehendak Allah. Sesungguhnya Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang.Walaupun kadang-kadang kehendak kita berbeza dengan kehendak Allah. Pilihlah kehendak Allah. Walaupun kehendak kita disertai niat dan telah diusahakan dengan cara yang baik, akan tetapi bila bertembung dengan kehendak Allah, pilihlah Allah. Peganglah tali-tali Allah. Insha-Allah kita tak akan tersesat.


Awak..
Ikhlaslah dalam setiap perbuatan, pemberian, penerimaan samada soal jodoh, hidup dan mati atau lain hal kerana hanya Dia yang tahu segala bentuk rezeki hidup kita. Bukan diri sendiri. Jalan ikhlas memang berat dan susah kerana keikhlasan adalah rahsia Allah. Ikhlas "ibarat seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap".Tak ada yang tahu keikhlasan seseorang melainkan Allah semata².Serahkan segala urusan ikhlas itu kepada pemiliknya, pemilik sekelian alam. Kejarkan yang halal, kejar keredhoannya Redho dengan ketentuannya.Inshaallah ia akan datang kepada kita berupa seribu nikmat dunia akhirat..Kita semua pendosa, kita tak pernah sempurna.Hanya Allah Yang Maha sempurna. Jadi kesempurnaan sebenar kita adalah apabila Allah mengizinkan kita sempurna dengan cara-Nya. Yang kurang, itu sempurna, yang lebih pun sempurna, kerana DIA.


Awak..
Harga sebuah "Terima kasih" daripada makhluk, tidak perlu sangat diharapkan kerana bukan manusia yang dapat memberikan ganjaran atau harga yang terbaik melainkan ia daripada Allah semata. Jangan menuntut diri kita dihargai atau diingati kerana kebaikan kita kerana itu adalah lambang rendahnya harga diri kita. Rendah diri kerana Allah itu yang terbaik. Biar Allah yang tentukan hadiahNya untuk kita, awak. Jangan ambil hati jika makhluk tidak menghargai. Ia tak penting pun. Tak boleh dibawa ke kubur.


Awak..
Sayangi seseorang yang awak sayang sejujurnya. Lingkungkan kasih-sayang awak itu dalam mengharapkan barokah Allah. Awak jangan kecewakan dia dengan dusta. Setiap pembohongan tidak pernah membawa apa-apapun kebaikan sekalipun awak rasa selamat dengan pembohongan. Susah payah dengan pembohongan tidak akan pernah membawa kepada pengakhiran yang baik sekalipun ia nampak cantik. Susah-payah kejujuran akan tetap membawa hujung yang baik sekalipun terpaksa merentas keperitan. Awak bertahanlah dengan kejujuran. Allah cintakan orang-orang yang jujur.


Awak..
Jika kita rasa dosa kita seluas lautan,rahmat Allah pula adalah seluas alam semesta. Malah lebih luas daripada itu, awak. Jangan takut dan malu untuk sujud bertaubat. Allah kasihkan kita. Dia sudah tentu terima kita. Ingat ya awak, orang yang paling dikasihi Allah adalah orang yang selalu melazimkan taubatnya.


Awak..
Sentiasalah ingat Allah, dan rasalah diri awak dengan wujudnya Allah, ada Allah, ber-Allah. Semoga berjaya dan bahagia dunia akhirat..Hanya Allah yang kami sembah dan hanya kepada Allah kami mohon pertolongan. Innalillahi wainna ilai hirojiun. Zahir batin dan roh kita adalah dari Allah dan kepada Allah semuanya.
Semoga Allah merahmati, memberkati, mencintai kita dengan seluruh kurniaanNya.


Awak...
Jangan lupa siapa yang membuatkan kita kenal Allah asal mula ya. Sayangi dan cintai Rasulullah saw. Bagindalah yang memperkenalkan cinta sebenar kepada kita, dalam taufiq hidayah ilmu-Nya dan segala nikmat daripada agamaNya dalam buana zahir dan batin, baik dan buruk. bagindalah guru kita. Selalu solawat kepada baginda supaya cinta Allah sentiasa bernadi di dalam nafas kita seharian.

Allah Allah Allah.

Allahumma solliála sayyidina Muhammad.
Selamat menjalani kehidupan ya awak. Sayang awak!
Assalamuálaikum wbt.




Wednesday, August 8, 2018

Kebenaran Tetap Benar



Kebenaran itu tetap benar walaupun di tempat yang tidak benar.

Kebenaran itu juga tidak berubah sekalipun berjuta alasan kita putar-pusingkan untuk ia menjadi tidak benar.

Kebenaran itu pasti adalah hal yang tetap benar sekalipun kita mendiamkannya dengan "No Comment"

Jikapun engkau menyusup masuk ke dalam batu atau menanamkan dirimu di dasar bumi dan hal yang benar datang menghampiri maka, ianya akan SENTIASA BENAR.


Marahkah engkau andai ada yang berkata benar tentangmu?
Apakah marahmu perlu?
Sewajarnya kebenaranlah yang menjadi pilihanmu. 
Seandainya ada yang sentiasa berkata benar tentangmu, tiada yang dapat menjadi sahabat yang lebih baik sebaik orang yang mengajakmu ke jalan yang benar.




Dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhu, ia berkata: "Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta (pembohong)."




Monday, May 7, 2018

Puasa

Puasa. Selalu dapat mengawal emosi kita. Insha-Allah.
Jiwa yang tidak tenang akan dapat ditenangkan  apabila perut kita kosong. Semua ini mukjizat Allah Taala. Tapi, pastikan kita IKHLAS kerana Allah.

Bila kebaikan yang ikhlas kita laksanakan, Allah pasti akan salurkan nur-Nya ke dalam hati. Bila ada masalah, nak marah, sedih, kecewa, cemburu, sakit hati, cuba puasa. Kita akan rasa perbezaan emosi kita waktu kita berpuasa.

Satu, kita ingat kita sedang berpuasa. Sudah tentu kita nak berusaha jadi diri yang terbaik bila kita berpuasa. Contoh, taknak cakap banyak. Hihihi, lagipun memang kita tak larat nak cakap banyak bila berpuasa. Alhamadulillah, dah jadi satu bonus. Boleh senyapkan daripada bergossip.

Dua, kita ingat Allah. Ini yang "Best". Berpuasa membuatkan hati kita bergerak mengingatiNya. Kerana apa kita puasa? Kerana Allah. Kemudian, kita akan rasa nak bersolat baik-baik. Berdoa pun, timbul rasa syahdu. Sebab itulah, Allah kata, doa orang yang berpuasa jarang tidak diterimaNya.  Wallahu'alam, Insha-Allah.

Tiga, kita sahur. Jangan tak bangun sahur tau. Boleh saja kalau taknak bangun, cukup sekadar meneguk air, namun nikmat bangun awal tu, kita tak rasa. Cuba bangun awal, menyambilkan diri dengan solat sunat atau baca Al-Quran. Cukup dengan dua rakaat. Kemudian , kita sahur tiga puluh minit sebelum subuh contohnya. Itu juga nikmat. Nikmat bersendiri dengan Allah. Berdoa sebelum berpuasa. Sujud dengan rasa lapang di hati.

Empat, siang kita berbeza. Tidak macam biasa. Selalu kita ada waktu makan tengahari yang rutin. Bila berpuasa, kita lebihkan masa rehat kita atas sejadah. Seronok kan? Petang, kita akan disibukkan dengan persiapan juadah berbuka, sekalipun biasa-biasa rezekinya tetapi nikmat berbuka itu hanya orang yang berpuasa dengan ikhlas sahaja yang tahu.

Lima, Allah beri kita rasa lapang. Allah permudahkan urusan kita. Contohnya, jika kita ada rasa serabut terhadap sesuatu, sedikit demi sedikit kita akan rasa sabar dan okay- okay sahaja. Kalau kita rasa sedih, Allah beri ruang akal kita itu berfikir dengan baik. Allah curahkan ketenangan untuk kita imbangkan mana yang baik dan mana yang buruk. Insha-Allah, hati kita berada dalam zon sejahtera.


Semua ini Insha-Allah berlaku kepada hari biasa bila kita berpuasa. Itu belum Ramadhan lagi. Masuk bulan Ramadhan, puasa kita menjadi makin indah dengan ibadah-ibadah selingan yang kita buat sepanjang sebulan.

Puasa itu indah. Jadi, kalau sedih-sedih, tak tahu nak luah kegelisahan kita kemana, disamping sabar dan solat, cubalah berpuasa. Mudah-mudahan, Allah bantu kita kerana Allah sentiasa membantu diri kita yang membantu-Nya.

Allahumma solliala sayyidina Muhammad.
Semoga tulisan ini dibaca sebagai doa.
Amin.


Salam sayang dari Raz. R



Friday, April 13, 2018

Rupanya Mimpi Belaka.

Kakiku memijak permaidani emas,
tenggelam dalam kelembutan asyik,
jiwaku terbang tinggi,
mendarat di landasan warna-warni pelangi,
mengecapi manis indah riangnya hati,

Terbuai aman di dakapan rasa,
gemawan cinta mengapung pesona,
semilir rindu mengulit kalbu,
hanyut diselimut gebu mengharum harapan.

Terjaga.
Tertunduk sukma.
Rupanya mimpi belaka.



Friday, March 23, 2018

RahsiaNya.

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rahsia.
Benar sungguh Allah punya rahsia.
Jodoh itu rahsia. Mati pun rahsia. Rezeki pun rahsia.
Segala takdirNya adalah rahsia.

Kenapa ia dijadikan rahsia?  Untuk manusia berlumba-lumba ikhtiar dengan usaha. Jika ingin mati dengan baik, usaha dengan ibadah-ibadah yang baik. Jika mahukan rezeki yang melimpah, usaha dengan bersungguh agar dikembalikan dengan rezeki yang diberkati. Jika bercita-cita untuk jodoh yang baik, pelihara diri agar menjadi yang baik, ikhtiar mengenal dengan mawaddah, kasih-sayang dan cinta. Jangan cinta lama-lama, nikah dan jadikahlah ia jodoh maka akan dapatlah nanti rahsia Allah yang penuh nikmat.

Semua yang rahsia ini, tidak wajar dijadikan rahsia selama-lamanya. Perlu diusahakan dengan pencarian. Agar mendapat jawapan. Jangan hanya sekadar menggenggam segala rahsia tetapi tidak mengkaji rahsiaNya. Itu salah! Sepertimana mahukan Allah memberi hidayah-Nya, tidak boleh ditunggu sehingga rahsiaNya sampai. Perlu dicari jalan dimana hidayah itu akan bermula.

Rahsia Allah yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar, namun Allah perlihatkan dalam setiap nikmat ciptaanNya. Sebenarnya, rahsia Allah itu terbuka. Kitalah yang menutupnya dengan akal kita yang singkat. Kita tidak cuba meneroka. Jika kita perlu mati, semua orang akan mati, maka kemana dan dimana indahnya kematian itu. Kita perlu cari. Bukan membiarkan ia terus tenggelam hitam di lorong rahsia yang tidak kita jelajah.

Begitu orang-orang barat telah terlebih dahulu mengenal rahsia Allah.
Kita, kebanyakkannya hanya membiarkan rahsia itu sekadar rahsia semata-mata.
Orang barat telah lama mengkaji Al-Quran, kita hanya tahu membaca dan membiarkan ia terus rahsia. Orang barat telah lama tahu bahawa langit itu ada berlapis-lapis. Kita pula hanya tahu langit itu rahsiaNya. Tidakkah kita sebenarnya tertinggal di dalam rahsia yang tak sampai?
Sedang rahsia Allah itu didatangkan dengan ilmu Allah untuk dicari dan difahami hamba-hamba-Nya.

Kita hanya menunggu rahsia itu datang.
Sudah tentu, bila-bila pun penantian itu akan sia-sia.

Rahsia itu rahsia tetapi akan tetap ada jawapan di setiap rahsia.

Wallahu'alam bissowab.

Salam Jumaat yang indah. Semoga setiap muslimin dan muslimat sentiasa mencintai dan dicintai Allah dan Rasulullah Saw.



Thursday, March 8, 2018

Nak Harap Orang Jaga Hati?



Sebaik-baik orang yang menyayangi kita dan sekuat-kuat usahanya untuk menjaga hati kita, tidak akan seratus peratus dapat memenuhi kepuasan yang kita inginkan.


Kita nak harapkan orang jaga hati kita, bila-bila pun tak akan boleh. Orang mahu berjanji untuk menjaga hati kita, pun tak boleh sepenuhnya.


Hati kita dikawal oleh kita. Yang menjaga hati kita adalah kita dan Allah. Kita saja yang faham bagaimana untuk menjaga hati kita sendiri. Itupun, kadang-kadang terbabas. Kita gagal menjaga hati kita sendiri juga.


Sejauh mana kita mengenali orang lain, belum tentu kita memahami apa yang sebenarnya terlindung di hati mereka. Samalah dengan kita, sedalam mana pun orang ingin mengenali hati kita, tak akan dapat mencapai takat maksima. Sekadar sedikit sahaja. Begitu jugalah jika nak kenal hati orang lain. Sedikit sangat yang kita tahu. Orang tak akan beritahu apa yang dirahsiakan di hati mereka.


Hati kita terguris sekalipun, orang tak tahu dalam mana ia terguris.
Hati kita terluka, orang tak tahu parah mana ia terluka.
Hati kita tercalar, orang tak tahu sampai bila kesan calar itu boleh hilang.
Hati kita menangis, orang tak akan nampak pun. Tidak akan ada yang tahu .

Orang tak tahu bila hati kita akan sembuh. Mungkin sekejap, mungkin bertahun atau mungkin selama-lamanya tidakkan sembuh..
Fizikal wajah nampak baik sahaja, senyum ketawa. Dalam hati siapalah yang dapat meneka?


Tidak akan dapat orang lain jangkakan samada hati kita di dalam, mengeluh dan letih. Ada waktu nampak kita terbahak-bahak ketawa, tapi dalam hati tengah koyak, siapa yang tahu?


Untung Allah beri hati yang menjadi rahsia hidup kita..Alhamdulillah. Jika Allah paparkan apa yang bermain di hati kita seperti skrin televisyen, entah bagaimana rupanya. Allah. Allah. La ilaha ilaAllah.


Hati dan peribadi kita sebenarnya berlainan. Jarang selari. Kecuali bila kita betul-betul warak. Orang yang mengingati dan mentaati Allah sepadatnya, akan beroleh hati yang tersusun baik seperti "Defragment" perisian komputer. Kemas. Yang mana yang rosak dihapuskan. Yang terbaik disusun di hadapan. Yang kurang baik diletakkan jauh ke belakang untuk dirapikan setelahnya.


Kita hanya manusia awam. Keimanan kita kebanyakkannya terlalu nipis. Jarang sangat memiliki hati yang sama professional dalam maksud hati yang arif. Hati yang kita miliki sekarang ni cukup lemah dengan gangguan nafsu-nafsi hidup yang pelbagai.


Seperkara lagi, kita cuba sedaya nak jaga hati semua pihak tapi memang diakui betapa susahnya nak jaga hati banyak pihak. Nak fikir hati sendiri, manatahan hati org lain juga nak ambil peduli. Memang susah!!

Sedangkan hati kita pun tak ada orang nak jagakan, tak ada orang nak ambik peduli kerana semua orang tak akan tahu nak jaga hati kita dan kita pun tak tahu nak jaga hati orang.


Kadang-kadang memang niat kita nak jaga hati orang, tetapi susah sebenarnya. Senang cakap saja, "I do care about you", namun tak terjaga juga akhirnya. Ada sahaja yang tidak kena. Bukan senang!


Kita tak faham orang, orang tak faham kita.

Orang tak kan dapat selami ke dasar hati kita walau dah berzaman saling mengenali, walau serapat mana pun, walau sesayang ketat mana pun, batas jernihnya terhad. Tidak akan terbaca seperti buku.


Tak mustahil ada orang yang mungkin akan faham tentang diri kita, perangai kita, sikap kita, tabiat kita tapi orang tak akan faham isi yang tersimpan dalam hati kita, kerana ada masanya tingkah laku kita bertentangan dengan apa yang berdenyut di hati.


Malahan selalunya di mulut, kita cakap lain, di hati meronta lain perkara. Di mulut kata 'okay', di hati entah apa-apa. Begitulah selalunya. Berselindung di sebalik dedaun hati.

Jadi, sebaiknya apapun yang terjadi kepada hati kita, kitalah yang menjaganya. Jika orang sakitkan hati kita, orang itu mungkin boleh minta maaf, tapi mungkin saja hati kita masih juga sakit. Sebabnya, bukan orang itu dapat menjaga hati kita, tetapi tuan punya hati itu sendiri. Kita dan Allah yang meminjamkan.

Semoga Allah memberikan hati kita kemuliaan dan kebaikanNya.


Hati, tempat jatuh hidayah. Hati tempat jatuh sayang dan cinta. Hati itu tempat yang kecil tetapi teramat luas bagi kita yang memeliharanya dari hasad, dengki, getus-getus negatif dan membalutnya dengan doa dan iman yang selalu dikuatkan.


Jangan harap sesiapa menjaga hati kita. Kita akan tetap melukakannya.
Haraplah kepada Allah pencipta hati.
Sesungguhnya hati yang ada Allah, hati yang masha-Allah, tersangat indah.

Amin.
Selamat menjaga hati, ya. ❤💕


Friday, February 23, 2018

Orang tanya " Kenapa Tak Nikah-nikah Lagi?"

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




Orang tanya, kenapa tak kahwin-kahwin lagi?
Aku senyum.
Sudah terbiasa dengan soalan itu.
Malah, aku selalu dikutuk, dituduh memilih, disangka meterialistik. Paling teruk dilebelkan tidak laku dan difitnah berlaku sumbang sehingga tiada siapa yang mahu mengambilku menjadi isterinya. Malah, kata orang aku tidak berusaha. Tahu apa mereka dengan usahaku? Aku ketawa sinis sahaja.

Dulu, aku marah. Bila soal jodoh dipersoalkan, aku akan berkecil hati.
Sakit!
Sakit kerana kedua orang tuaku terpaksa malu. Sakit kerana dihirit penghinaan yang tidak sepatutnya. Sakit kerana merasakan akulah manusia yang paling hodoh di dunia. Sakit kerana permainan manusia.

Lelaki, hanya pilih yang cantik. Pantang wanita cantik melintas di depan mata, tersiul-siul macam mawas nak mengawan. Dulu aku menyampah. Sekarang, aku faham. Fitrah yang Allah cipta. Sedangkan Allah sukakan kecantikkan. Sudah tentu kita semua begitu. Apa pun yang kita beli samada pakaian, kereta atau rumah, sudah tentu kita pilih yang cantik. 

Selepas badai melanda hati, aku mula menyedari, aku pun cantik. Setiap manusia itu cantik dengan perbezaan dirinya oleh Allah. Bukan aku memuji diriku. Semua itu aku berikan kepada Allah. Tak layak untukku. Cantik itu ada dalam pandangan hati. Jika hati itu hodoh, maka apa yang dipandang sipemiliknya akan menjadi hodoh. Aku, kamu, engkau, dia, cantik atau tak cantik tetap cantik kerana Allah yang menciptakan kita semua.

Tersentap hati dengan Allah pun, aku pernah. Yang peliknya, aku masih berdoa walaupun dalam doa-doaku bertanya kenapa aku bagaikan tidak sempurna? Kenapa aku dipersalahkan. Kenapa aku tidak seperti hamba-Nya yang lain, mendapat fitrah mereka. Setiap makhluk ada pasangan masing-masing, kenapa aku tak punya pasangan?

Sekarang, aku faham. Masih aku panjatkan syukur kerana Allah tetap menggerakkan zahir dan batinku untuk bersolat dan berdoa. Tetap ingat kepadaNya. Apa yang lebih baik daripada itu? Bagaimana kiranya Allah lumpuhkan imanku dan jadikan aku di kalangan hamba-hamba yang sesat?
Allahu, mohon Allah jauhi aku daripada terpedaya dengan hasratku yang tidak seberapa sedangkan Allah lebih utama.

Takdir Allah itu baik.
Sentiasa baik walaupun aku seperti kabur dalam persoalan-persoalan mendahagakan jawapan yang memenangkan rasa hatiku.
Pengalaman membuatkan aku kenal bahawa hidupku tetap indah seadanya. Apabila di dalam penjagaanNya tiap detik. Allah Maha Pemberi. Diberi segalanya mencukupi. Diberi rasa hati yang selalu tenang. Diberi keluarga yang begitu penyayang. Rezekipun belum pernah terputus. Masih boleh meneguk air putih yang enak. Disekelilingku terpilih hanya yang baik-baik. Masih boleh sujud bersolat. Allah tak pernah zalim. Aku yang menzalimi diriku sendiri.  Apa yang tidak ditakdirkan untukku tak bermakna aku ini tidak layak, namun urusanNya lebih bijak. Dialah yang mencipta diriku dan Dialah juga yang mengerti dimana tempat yang terbaik untukku. Wajar apa aku mengeluh dengan persoalan jodoh ini? Walhal jodohku dengan apa yang Allah takdirkan dalam kehidupanku kini walaupun sederhana, sudah mencukupi segalanya. ALHAMDULILLAH. Mahu apa lagi aku?!  
"Nikmat apa yang engkau dustakan?" Firman Allah dari surah Ar-Rahman berkali-kali.

Ilmu yang Allah turunkan di dada, kekadang tidak berguna sedikitpun, jika kita tidak mengambilnya menjadi amalan diri. Yakin kepada Allah, tetapi diri tak yakin. Cakap sabar, Allah ada.., tapi tak percaya kepada Yang Maha Sabar. Astgahfirullahaladziem.

Yang pasti, jodohku sudah ada. 
Jikapun tidak dengan manusia. Aku sudah berjodoh dengan kehidupan. Susunan cerita hidupku, itulah jodohku. Orang bilang, kalau tidak berjodoh dengan manusia, tidak bersunnah. Begitu banyak manusia dimomokkan dengan penerapan ulasan yang salah. Bukan tujuanku untuk membenarkan apa yang kutulis, sekadar mengembalikan pemahaman sesama kita. Dan aku, ingin membangkitkan mereka yang pernah berfikiran sepertiku dulu. Jangan ingat golongan sepertiku ini tidak diterima Rasulullah alaihisalam.  Rasulullah saw menyampaikan pesan itu dalam konteks yang luas. Baginda melaknat orang yang bermaksiat, mampu berjodoh tetapi menolaknya kerana ingin hidup bersumberkan kebebasan mengengkari syariat yang benar. Itu yang benar! Tidak diterima sebagai umatnya. Tafsiran yang salah menjadi menyebab kepada keyakinan yang patah. Golongan kecil seperti aku yang ilmu tidak tinggi, akal pun pendek akan menjatuhkan maruah sendiri dengan memandang dirinya tidak berharga di sisi Allah dan Rasulullah alaihiwasallam. Orang muslim sejati, tidak menjatuhkan! Malah menghulurkan tangan dan hati memperkasakan yang lain. Islam itu nasihat. Pun begitu, berapa ramai yang mampu menasihat dengan bijaksana?

Cukup sekadar ingat, wahai yang melambakkan fikiran yang singkat dan hati yang runtuh. Ingat Rabiatul Adawiyah yang dicintai Allah! Jika tidak tahu dia siapa, cari dan baca! Nanti hatimu akan lebih lunak menerima damai. Insha-Allah. Sejarah daripada kisah-kisah terdahulu banyak menyampaikan kecantikan agama. Hanya kita sahaja yang rakus memilih khianat.

Walhal, segalanya adalah urusan Allah. 
Urusan jodoh adalah secebis kisah kecil yang tak sepatutnya dijadikan simbolik yang jijik. Lebih banyak yang luas yang perlu kita ajar kepada kita yang masih kurang ajar. 

Hidup ini penuh segenapnya dengan ilmu. Ilmu Allah!
Usia dan masa, jangan terbengkalai sia-sia menunding kepada hal-hal yang kita sendiri belum arif tentangnya. Sebelum tegakkan rasa kita yang kita rasa benar, baiklah kita benar-benar mengkaji segala nikmat yang Allah beri. Pastinya ada suratan yang tertulis baik untuk kita. Mudah-mudahan, Insha-Allah. Amin.

Semoga kita dikalangan orang-orang yang saling mencintai kerana Allah.

Amin ya Allahumma Amin.
Allamumma solli'ala sayyidina Muhamad.





Thursday, February 15, 2018

Bacalah Al-Quran


Seorang muslim yang tidak pernah membaca Al-Quran tak ubah seperti tubuh yang sedang berbogel, sungguh sangat memalukan dan tidak perlu ditiru kerana Allah SWT tidak akan menyukainya.

Sesuai dengan hadis yang pernah diriwayatkan oleh Muslim yang dinyatakan oleh Abi ummah ra :

“ Baginda Rasullulah berkata bacalah olehmu Al-Quran kerana sesungguhnya akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat nanti untuk siapa saja yang membacanya.”

Subhanallah, insaf.
Astaghfirullahaladziem.

Pengalaman daripada orang-orang yang sering menjadikan Al-Quran sahabatnya sangat banyak. maka kerana itulah Al-Quran itu mukjizat dan setiap huruf-hurufnya, makhrajnya, tajwidnya, lantunannya membawa ganjaran kepada pembaca di sisi Allah.

Orang yang sering dekat dan membaca Al-Quran, kita dapati berbeza wajahnya daripada orang yang tidak. Jika tidak percaya, cuba buat kajian. Mereka ini selalu diberi Allah ketenangan ketika semua orang sedang terkinja-kinja mencari dimana ketenangan. Akan sentiasa ada jalan daripada Allah kepada mereka untuk tidak gelisah sekalipun dirundung pelbagai masalah. Akan selalu muncul keyakinan dan ketetapan hati ke atas apa sahaja yang ingin mereka lakukan, kerana kepercayaan mereka terhadap kalam-kalamNya. Allah selalu bantu mereka. Insha-Allah.

Ada juga orang yang membaca Al-Quran wajahnya tidak membiaskan 'nur'. Masing-masing terletak pada dalaman nurani kita. Samada kita ikhlas atau tidak. Namun, ikhlas itu tidak akan bermula jika kita tidak bertindak apa-apa. Ikhlas hanya terjadi dengan kemahuan, usaha dan latihan terhadap diri sendiri. Lama kelamaan ia akan jadi istiqamah atau "consistent". Bila istiqamah, selalu buat, selalu tunjuk rasa mahu, maka akan timbul sayang bila dibiarkan. Di situlah bermulanya ikhlas kemudian sayang terus kepada cinta. InshAllah.

Begitu pernah sabdaan baginda Rasullulah SAW:
“Sebaik baiknya manusia adalah yang membaca dan mempelajari Al-Quran serta mengajarkannya pada orang lain.” (HR.Bukhari)

Allah Azza wa Jalla berfirman:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Orang-orang yang telah kami beri (turunkan) al-kitab (al-Qur’an) kepada mereka, mereka mentilawah (membaca)nya dengan tilawah yang sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi (dunia dan akhirat) [Al-Baqarah/2:121]


Sungguh, membaca Al-Quran itu sangat liat bagi yang tidak menghalusi kehadiran Al-Quran tersebut dalam hidup. Sungguh juga hidayah Allah Subhanahuwataala tidak akan disentuh tanpa izin-Nya. Maka patutlah kita sebagai manusia hamba-Nya selalu bermohon supaya hati kita dilembutkan dan diberi peluang olehNya untuk menerima ilmu Al-Quran.

Sangat rugi bagi hati kita jika jauh daripada Al-Quran. Ia boleh menjadi sahabat yang terbaik kita. Ia tidak sekali-kali menipu. Ia juga penuh dengan kisah-kisah yang melahirkan rasa cinta kita kepada segalanya terutama kepada Allah dan Rasul-Nya.

"Barang siapa yang menyibukkan diri dengan Al Quran dan berdzikir kepadaKu, (sehingga lupa)tidak meminta kepadaKu, maka akan Aku berikan yang lebih baik dari yang akan Aku berikan kepada orang-orang yang meminta". Keutamaan kalam Allah dibandingkan dengan yang lainnya, laksana keutamaan Allah di bandingkan dengan para mahluk-Nya".(Hadits Riwayat Tirmidzi).

Mudah-mudahan kita sama-sama ambil iktibar selagi nyawa dibadan, selagi akal boleh berfikir dan selagi hati tersisa titik-titik yang masih belum mati. Ikhtiarkanlah untuk menyentuh, membaca, mendalami, mempelajari dan memahami rahsia Al-Quran.

Sehari sepotong ayat, makin hari maka ia akan semakin hebat. Insya-Allah. Amin.
Setiap kali dirundung serabut, ambillah wuduk, pandanglah Al-Quran, bacalah dengan hati. Mudah-mudahan kita mengerti dimana kesulitan itu boleh kita selesaikan.

Salam sayang,
RazZie RaZZmatazz.


Monday, January 29, 2018

Usah Mudah Terasa, Jadilah Dewasa

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ragam dan pancaroba hidup mudah sahaja mengganggu emosi kita. Kita manusia. Ya, manusia biasa. Namun, Insha-Allah dengan pertolongan doa kepada Allah, boleh sahaja kita menjadi luarbiasa.

Usia dan pengalaman, seharusnya telah kita belajar mendalami akal dan hati kita sendiri.
Adakalanya, mudah sangat kita rapuh dengan perasaan kita sendiri. Cepat terasa. Cepat melatah. Cepat terburu-buru nafsu. Cepat bersangka negatif. 

Begitulah sepertimana benarnya firman Allahusubhanahuwata'ala,

يَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا

"Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan manusia bersifat tergesa-gesa."( Al- Isra :17: 11)

Itu fitrah kita manusia semenjak daripada Allah ciptakan khalifah pertama bumi yakni Nabi Adam alaihisalam. 
Apapun, Allah telah susun diri kita agar dapat bertindak mengubah dengan penghijrahan diri. Kita boleh ubah bila kita mahu dengan izinNya.

Bila kita mudah terasa marah, kita boleh kawal dengan istighfar selalu. 
Bila kita cepat sangat bersangka buruk, cemburu buta, sensitif tidak keruan, kita boleh ubah dengan banyak bertenang dan ubah cara pemikiran kita. Daripada berfikiran buruk, Allah izinkan kita mengambil yang baik.

Asbab daripada usia kita yang semakin hari semakin bertambah juga, Allah jadikan pengalaman sebagai pengajaran supaya kita bergerak seiring dengan dewasa. Mendewasakan rasa juga! 
Jangan pula umur semakin bertambah tetapi jiwa masih meronta bagaikan remaja. Semoga Allah melindungi kita. Amin.

Itulah keluarbiasaan kita. Berubah dari yang baik kepada yang lebih baik. Mana yang tidak baik, jangan kita jentik. Jauhi diri.
Betul, kekadang kita masih rasa tak mampu, masih juga diusik-usik situasi hati yang terpencil lemah, sangat mudah terasa goyah, namun ingat, kita tak pernah hilang Allah! Baliklah kepada DIA, pencipta segala keadaan dan kejadian. Allah boleh mengubah segala keadaan!

Jangan kita sengaja menjauhi Allah dan mendekati gemalai hasutan syaitan.
Latihlah diri dengan mendekati cara-cara Asma' Allah yang 99. Belajar daripada DIA.  

Sentuhlah Al-Quran yang penuh hikmah disetiap kalimahNya. Disamping pertingkatkan pembaikkan solat yang lima dan sunah-sunah Rasulullah solllahualihiwassallam yang lain, fahamilah Al-Quran. Jatuh cintalah kepada ia. Bukankah mukjizat yang tinggal hingga kini adalah Al-Quran?
Kenapa kita mensia-siakan sesuatu yang ajaib itu?

Jangan sering dimanjai rasa. Kekadang ia membinasa.
Jangan mudah dipermainkan terasa hati begitu dan begini, jadilah manusia dewasa zahir dan batin.
Berdoa dikala senang. Berdoa dikala susah. Berdoa di saat biasa. Insha-Allah, kita akan berdamai dengan perasaan kita sendiri. Tak lagi mudah berkecil hati. Tidak untung merugikan diri sendiri.

Wallahu'alam.


Salam kasih dari Raz.R pada 29hb Januari 2018, 13 Jamadil awal 1439H.

I love you.
"Usah mudah terasa, jadilah dewasa"



Thursday, January 25, 2018

YANG SUDI

Diri kita sebagai manusia tidak pernah TIDAK memerlukan sesuatu.
Kita memerlukan nafas untuk hidup.
Kita memerlukan makan dan minum untuk tenaga.
Kita memerlukan ketawa untuk menggambarkan gembira.
Malah, kita memerlukan air mata untuk melegakan duka.
Pendek kata kita memerlukan sesuatu yang perlu untuk keperluan kita.

Jangan sombong mengatakan kita tidak memerlukan apa-apa. Padahal hidup kita sentiasa MEMERLUKAN sesuatu.

Samalah seperti apabila memerlukan seseorang yang sudi menyediakan kesudian hatinya yang ikhlas untuk menjadi seseorang yang kita perlu di dalam hidup kita. Yang sudi menjadi sahabat. Yang sudi menjadi pendengar. Yang sudi menjadi penghibur. Yang sudi menjadi peneman.
Semua itu telah Allah takdirkan kepada setiap individu yang bergelar hambaNya. Lemah tanpa daya upaya. Tanda, bahawa kita tiada kuasa apa pun, melainkan memerlukan dan saling memerlukan diantara manusia dan alam. La hawlawala quwwata illa billahil aliyyiladziem.

CUMA ALLAH SAJA YANG TIDAK MEMERLUKAN APA-APA PUN.

Namun, yang sudi memberi itu jika dari kita yang azalinya memerlukan kekadang sangat sulit untuk kita meminta. Kebanyakkan manusia ini kesudiannya terbatas dengan kelemahan fitrahnya sebagai manusia baharu.

Yang sudi meluangkan masa kepada kita, kekadang sibuk tidak tentu waktunya.
Yang sudi mendengar apa kita luah, adakala menerawang jauh tanpa keikhlasan.
Yang sudi bersama kita, ada waktu berbolak-balik kesudiannya dengan rasa ingin dan tak ingin.

Sungguh, wahai kita yang mengharapkan manusia yang SUDI, tidak akan puas dengan kesudian yang dihulur.

Kerana itu, tempat yang paling sempurna untuk kita memohon kesudian yang tepat, penuh dan sempurna, hanya kepada Allah semata-mata.

Allah sentiasa SUDI mendengar.
Allah sentiasa menanti kesudian kita menyatakan segala keinginan kita.
Allah jualah yang menggerakkan apa yang kita rasa di dalam dada.

Lalu, jangan dilelahkan hati dengan kesudian manusia yang kecil keupayaannya, kerana kita sudah punya SATU tempat yang PALING SUDI menerima kita seadanya yakni Allah hu subhanahuwata'ala.
Sudi-sudikanlah diri meminta kepada yang paling sudi.

Bacalah doa di bawah ini selalu. Kita serahkan segala urusan kita kepada Allah yang sudi. Kita akan tenang selalu. Insha-Allah, Amin Allahumma Amin.

“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan"

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu selamanya”


25.01.2018
Raz. R
"Yang Sudi Hanyalah Engkau"

Wednesday, January 24, 2018

Aku Redha; Aku Yakin▬ Allah Membalas Segala


بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Memang benar kesedihan itu menyakitkan batin namun, jangan disedihkan dengan pengalaman yang sedih. Kerana yang menyakitkan batin itulah seringkali mendekatkan kita kepada Allah dan merasakan tangis dan sujud yang indah dengan keikhlasan. 
Di situlah kita mengerti budi baik yang Allah beri, berharga tidak terperi. EhsanNya Yang Maha Pengasih!

Jangan tanyakan Allah, keperitan apakah ini?
Sabarlah dengan melazimi hati " Ya Allah, aku redha, aku yakin". Bahawa sesuatu yang ditimpakan itu ada ubat rohaniahnya. Kita tidak mampu melanggar fitrah sebab itu adalah pemberian Allah yang wajib kita imbangkan penggunaannya. Fitrah yang tidak bersalahan dan tidak terlanjur mensyirikkanNya. Itulah keimanan yang bijak. 

Kebaikan yang datang kita syukuri. Keburukan yang menjelma kita harungi jua dengan menyelam ke dasar hikmahNya. Jangan kerana taksub kepada takut, kita menjadi lemah dan meluruhkan keyakinan kita kepada keindahan jalan bahasa cinta-Nya. Cinta itu fitrah. Selagi ia tidak melanggar batas-batas syariat, ia akan selamat. Insha-Allah. Masha-Allah. Kecewa juga fitrah. Batasnya adalah menyederhanakan kecewa dengan sabar, tawakkal dan berdoa. Kita akan selamat. Insha-Allah.

Memberi itu lebih menceriakan daripada menerima. Justeru, tidaklah salah kiranya engkau memberikan kasih dan cintamu sebagai tanda engkau memberinya disebabkan datangnya cinta itu daripada Allah. Jikapun tiada pembalasan dunniawi, sekian kalinya nanti rasa indah itu akan tetap timbul di dada. Apabila engkau melakukannya dengan saduran cinta Allah, bagaimana ada atau tiada apa sekalipun, engkau akan tetap akan merasakan dzatNya, nikmatNya serta bahagia daripadaNya!
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Pernah dengar atau baca kisah wanita wali, Rabiatul Adawiyah?
Begitulah jiwa-jiwa yang mencintai Allah didatangkan rahmatNya.
Cukup juga bila kita mengenang sejarah Rasulullah sollallhualaihiwassam, subhanallah kita akan faham, betapa saujana damainya kasih-sayang Allah itu.


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)."
[Surah al-A'raf, ayat 201]

Tidak semua orang akan faham bagaimana perjalanan perasaan kita kepada Allah, kepada manusia, kepada alam atau kepada sesiapa pun. Jangan disedihkan dengan mereka yang tidak faham. Kefahaman itu adalah hidayah Allah. Tugas kita hanya menaruh harapan penuh kepada Allah dan meneruskan langkah-langkah yang Allah beri ini seadanya, teruskanlah. 
Berikan semangat kepada diri sendiri dengan menyerahkan segala usaha kita ini zahir dan batinnya kepada Ilahi.
Semoga DIAlah yang akan memberikan kefahaman tersebut kepada sesiapa sahaja yang dizinkanNya.

Sesekali jadilah pendengar yang terbaik kepada hati sendiri.
Di situlah terpanah cahaya ilham Ilahi.


24.01.2018
05:21:00PM
"Aku Redha Dan Aku Yakin"


Tuesday, January 23, 2018

Tiada apa-apa melainkan TIADA!

Bila tanah hati yang basah,
berubah menjadi gurun,
tiada lagi lambaian rindu,
jikapun kata membungakan rayu.
Saat kesendirian menjadi begitu perlu,
menepis lelah di hujung kalbu.

Dunia adalah dunia,
dikejar pun apalah guna.
akan hilang dibenamkan nyawa,
hasilnya apa? Sekadar nestapa
tiris dimana-mana

Apalah ingin yang di ingin?
bila harapan bertukar dingin,
sarung cinta kian mereput,
yang diharap, tiada
yang dicita pun, tiada.
Tiada apa-apa, melainkan tiada.

TIADA!


Friday, January 19, 2018

Allahu Allah.❤

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ.

 كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ


Salam Jumaat yang indah di senja yang barokah. Alhamdulillah. Tulisan pertama di tahun Masihi yang berbeza .
Syukur kerana masih hidup. Masih Allah Yang Maha Pengasih memberikan peluang untuk menyelami hakikat siapa diri sendiri dan dimana tempat yang diri itu ikhtiarkan berada ketika bertemuNya nanti.


Allahu Allah.
Semakin kita mendalami diri, semakin kita rasa bersalah.
Semakin kita mengenal jasad, rohani dan jasmani semakinlah kedudukan hati kita merasai betapa masa yang kita tempuhi selama ini adalah dengan kehendakNya. Dengan belas kasih-Nya Yang Maha Mulia. Semakin kita menghambat dunia yang penuh pancaroba, semakin kita jauh, jauh dan jauh untuk memahami apakah tujuan Allah yang sebenar menghidupkan kita sebagai manusia hambaNya.
Astaghfirullahaladzim.

Begitulah Allah dan KuasaNya terhadap dunia yang sangat kecil ini. Termasuk kita yang terlalu amat kecil berbanding DIA yang tak tergambar dengan apapun yang tersurat dan tersirat.

Hidup ini dan kita adalah daripada EhsanNya.
Permulaan kata, semoga kita muslimin dan muslimat sentiasa dijaga dalam rahmahNya, hidayahNya dan barokahNya.
Amin.