Salam kasih Kerana Allah
Monday, November 22, 2021
Tak Dapat Pun Tak Apa ♦ Redha
Friday, November 5, 2021
Sama Tapi Berbeza
Memberi belum tentu sama menerima
Wednesday, November 3, 2021
Aku Sering Bisu
Tuesday, November 2, 2021
Kau Adalah Dirimu Yang Berbeza💗
Monday, November 1, 2021
Tunggu! Tunggu Sahaja Balasan Allah💙
Tidak ada satu doa pun yang tidak didengari Allah. berdoalah saat kau rasa sedih, kerana dalam sedih hati kita ikhlas meminta kepada kebaikan Allah. Dalam sedih hati kita mudah menyesali dan bertaubat.
"Segala yang ada di muka bumi akan binasa. Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan." (surah Ar-Rahman ayat 26 – 27).
Sunday, October 31, 2021
Jangan Menolak Kekurangan💕❤
JAUH DARI ALLAH
Ada waktu kesedihan datang memukul hati bertalu-talu.
Boleh jadi semua itu petunjuk Tuhan bahawa jalan yang kita pilih itu salah.
Gelisah, rasa syak, tertipu,tidak dihargai, tidak gembira dan berjauh hati. Barang-kali itu tanda kita sedang sesat di jalan yang Allah murka.
JAUH DARI ALLAH
adalah hukuman yang sangat berat.
Sakit sendiri diracuni kebisuan. Astaghfirullah.
Natijah daripada menggantungkan hati kepada selain dari Allah.
Sementara masih tersisa waktu. Bangkit kembali kepada Allah. Lupakan apa yang berlaku. Maafkan diri. Allah masih sayang. Berhenti menangis kerana makhluk.
Semoga Allah terima. Amin. Allahuma solliala sayyidina Muhammad
Friday, October 22, 2021
Moga Kalian Bahagia ♥♥♥
Jumaat yang penuh rahmahNya.
Tidak ada apa yang lebih kuharapkan saat ini, ketika jari mengetik papan kekunci komputer iaitu mengharapkan dunia kembali pulih daripada wabak covid 19.
Dan, sudah tentu aku mengharapkan Allah mengurniakan yang terbaik kepada setiap orang yang aku kasihi. Ibu tercinta, adik-adik terkasih dan 'kamu' yang sedang membaca ini.
Moga ada kesudian Allah memakbulkan doa-doaku.
Amin. Ya Robbal Alamin.
Jom, kita lazimi lidah dengan solawat kepada baginda Rasulullah saw.
♥♥♥
Saturday, July 3, 2021
Rekahan Rasa
Friday, June 11, 2021
Sementara Menanti Mati
Sunday, March 21, 2021
Perli-memerli
Adat lidah berbahasa, bila sakit dijiwa. Tikam dengan kata-kata. Sindir menyindir, perli-memerli puaskan lega di hati.
Benarlah lidah tidak tajam tapi boleh membawa mati. Mati kerana memendam rasa.
Tiru orang berilmu, dilambung tinggi tidak membuatkan dia bangga diri. Dipuji harum kembang mewangi, tidak langsung mengharapkan dirinya perlu dinobatkan dengan dijulang, puji dan puja.
Bimbang Allah murka, mulut dikunci, lidah digari...
Astaghfirullah... Semoga kita sabar dan santun dalam berbicara.
Rasulullah SAW orang yang paling berbudi lembut dalam kata-kata. Sesakit manapun hati kita, jangan kita pantulkan kembali sakit itu sebagai dendam kepada sesiapa.
Sayangi takdir akhirat kita.
Akan Berakhir Jua
Tuesday, March 16, 2021
Masa Untuk Diri
Kita ini manusia yang banyak lemahnya.
Allahuma solliála sayyidina Muhammad. Waála ālissaiyyidina Muhammad.
Tipulah, jika kita tersenyum dan dalam hati tiada apa-apa yang kita rasa.
Mungkin saat tersenyum itulah saat lara yang kita sembunyikan. Mungkin senyum itu jugalah ikhtiar kita untuk menghapuskan sisa-sisa kecundang yang kita pernah lalui.
Semua itu rahsia kita dengan Allah.
MAK▬ ♥ Kekasih ayah
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang.
Setiap kali aku meluahkan kata-kata berkaitan ayah atau mak, dadaku ini berdegup. Hati terasa terusik.
Jiwa sentiasa meranum dengan harapan dan doa.
Aku cuma ada mak.
Jika aku ada kuasa magis, hal yang pertama ingin aku lakukan, memberikan kesihatan dan kebahagiaan hati kepada mak. Lahawlawaquwwataillabillah.. Hanya Allah yang menggerakkan segala urusan semesta ini.
Mak adalah harta allahyarham ayah. Kekasih ayah.
Jodoh adalah cerminan diri.
Jika seorang lelaki meninggalkan isteri yang solehah, Tabarakallah! Betapa bertuahnya dia.
Jika seorang suami membentuk isteri menjadi mulia, pahalanya sentiasa mengalir asbab dari kemuliaan dan keikhlasan doá dan cinta isterinya.
Rahmat saliran cinta. Dari Allah jua segalanya.
Aku lihat dengan mataku.
Aku rasa dengan hatiku.
Allahumma solliála sayyidina Muhammad Waála ãlisayyidina Muhammad
Semoga Allah rahmati sekelian ibu-bapa dgn kebahagiaan dunia dan akhirat. Āmīn...
Wallahua'lam bissowab.