Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Sunday, October 31, 2021

JAUH DARI ALLAH

 

Ada waktu kesedihan datang memukul hati bertalu-talu.

Boleh jadi semua itu petunjuk Tuhan bahawa jalan yang kita pilih itu salah.

Gelisah, rasa syak, tertipu,tidak dihargai, tidak gembira dan berjauh hati. Barang-kali itu tanda kita sedang sesat di jalan yang Allah murka.

JAUH DARI ALLAH 

adalah hukuman yang sangat berat. 

Sakit sendiri diracuni kebisuan. Astaghfirullah.

Natijah daripada menggantungkan hati kepada selain dari Allah. 

Sementara masih tersisa waktu. Bangkit kembali kepada Allah. Lupakan apa yang berlaku. Maafkan diri. Allah masih sayang. Berhenti menangis kerana makhluk. 

Semoga Allah terima. Amin. Allahuma solliala sayyidina Muhammad