Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Sunday, October 31, 2021

Jangan Menolak Kekuranganđź’•❤


Berterima kasih kepada kelemahan diri yang kita ada. Tidak perlu menyangkal bahawa sebenarnya memang kita ini ada masalah tertentu. Fokuskan pada apa yang kita rasa. Adakah kelemahan tersebut daripada anasir luar atau ia kita ambil sebagai tapak yang menjadikan kita terbawa dek cerita yang belum tentu datang dari dalam diri kita.
Jangan menolak kelemahan diri kita. Kita tidak boleh lari dari rasa lemah. Namun kita boleh mengatasinya dengan mencari penyebab kenapa kita rasa lemah. 

Perbaiki emosi. Kuatkan kembali. Kita rasa lemah kerana apa?  Contohnya, lemah sebab orang pandang kita tak sempurnakah? Padahal tidak sempurna itu azalinya telah ada pada setiap manusia. 

Jika masalah yang dicipta orang lain kita ambil sebagai kelemahan kita, lalu kita buat keputusan terburu-buru,maka kita salah. 
Tidak sewajarnya kita membuat sesuatu yang buruk terhadap mental dan jiwa kita hanya kerana apa yang orang lain cipta.

Terima kasih kepada kelemahan diri kita. Tanpa kelemahan kita tidak akan mampu kuat semula. Kita lemah, tapi tidak bermakna orang lain mempergunakan kita. Sebaliknya kelemahan tersebutlah yang berupaya mencetuskan kebaikan kepada diri kita. 

Kita istimewa kerana adanya kelemahan yang kita sedar bahawa kelemahan tersebutlah yang merubah hati kita menjadi lebih murni daripada orang yang tidak pernah terima bahawa dirinya  itu lemah!

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.