Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, December 27, 2011

Kolot dan Kampung


Aku kolot!
Itu katamu
Aku kampung!
Katamu lagi

Ya! Aku akur
Katamu benar
Kamu akan kesal
Aku suka kolotku
Aku suka kampungku

Kolotku adalah baju
Membungkus mataku
Dari layar lakon dunia
Zaman sedang beredar
Manusia makin tidak sedar
Adakah dunianya benar
Kolotku menutup aku
Dari tahu apa yang tak perlu
Dari bebas mengejar bebas
Makin hari makin kian terbabas

Kampungku adalah jannat bumi
Berhalamankan murni
Bertamankan hubungan sejati
Mengharum wangi tiada penting diri
Suci dengan budi,halus pekerti
Ilmu jiwa insani yang lama dilupai
Kamu juga perlu pelajari

Ayuh,silalah..
Ajarkan aku dunia metropolismu
Aku ajarmu dunia kolot kampungku
Dunia kita bersatu
Bukankah elok begitu?



Raz.R
27.12.2011
Senyum..
Tak perlu kata apa-apa..