Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakhbar!!
Walau hati diabar rasa
Jiwa kecil diuji sengaja
Contengan abrasi merata-rata
Jerih pedih berulang menghias
Beban dibiar berat digalas
Ayam masih berkokok mengiring subuh
Burung masih berkicau dan terbang
Rumput masih direnjis embun
Pohon masih menghijau berbunga
Hujan masih menjadualkan siraman
Mentari masih bersinar terang
Tanah masih mengizin pijak
Langit masih biru membumbung
Air masih boleh diminum
Rezeki masih boleh dijamah
Tidur semalam menjerap lena
Aman harmoni walau tanpa mimpi
Terjaga dengan syukur dan senyum
Bernafas lega masih menadah doa
Bermunajat mengharap taubat
Menyuci sekelian maksiat
Jangan engkau lupa
Wahai asbab ujian hidupku..!!
Kelmarin cumalah memoir lama
Hari ini adalah kenyataannya
Bersiap siagalah wahai jiwa
Walau malang melarikan juang
Harapan itu masih sama
Kekal kukuh dalam cinta-Nya
Raz.R
27.12.2011
Selamat Pagi Puisi
Nafas masih sama
Senyum masih berbunga
Salam kasih kerana Allah.