Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Sunday, January 29, 2023

Hargai Yang Ada, Lupakan Yang Tiada ✔❤

 

😘Birthday treat for myself. Alhamdulillah

Terima kasih Puan.😍

Tentang ingatan. 
Allahumma solliala sayyidina Muhammad.

Hidup membuatkan kita belajar mengenali siapa sebenarnya di sisi kita. 
Rupa-rupanya terkait daripada bagaimana kita melupakan orang lain, begitulah orang lain juga melupakan kita.
Jangan kita marah atau berasa kecil hati dengan semua itu.  Tidak perlu. Kerana semuanya urusan Allah. DIA jualah yang menyentuh kasih-sayangNya bagi sesiapa yang mengingati kita. 

Kita syukur. Kita doakan. 

Banyak,sedikit, ramai atau seorang dua, itu bukan persoalan lagi.


Hidup kita adalah berdasarkan pilihan Allah.  Apa yang Allah kurnia, itulah yang terindah. Bila sahaja kita mengenali siapa yang benar-benar menyayangi kita, yang sentiasa meletakkan kita sebagai sebahagian daripada cerita hidup mereka, bermakna itulah pilihan Allah untuk kita

Semakin kita berusia, semakin kita mendalami apa yang penting dan yang perlu kita abaikan sahaja.  Allah kita utamakan, dunia kita pegang pun sekadarnya sahaja. Sekadar mana ia membantu perjalanan kita di akhirat kelak. Itu sahaja. Jangan berlebih. Nanti kita akan derita.

Malah boleh sahaja kita terlupa bahawa Allah yang menguji kita. Maka, kita akan melemahkan iman kita. 

Mulailah menilai apa yang sewajarnya dimakan untuk rohani, selain hanya memakan makanan jasad. 

Hargai apa yang ada. Lupakan apa yang tiada.




Aza Raz


Persahabatan adalah indah kerana ia ukhuwah. Ukhuwah mempunyai karektor mengembangkan kesihatan jiwa. Pilihlah yang sentiasa ikhlas melengkapi pertalian antara sentuhan insan dan Tuhan yang menjadikan hati kita terlindung dalam rahmah, kedamaian dan keikhlasan.

🥰 Haniz. Thank you


Rezeki Allah daripada adanya insan-insan yang berpegang kepadaNya. Adakala kesunyian kita terisi dengan hamba-hamba Allah yang sentiasa ingat kepada kita. Tangisan kita terubat dengan semangat dari Allah yang hakikatnya memberitakan bahawa kita tidak dibiarkan sendiri. Pasti ada mereka yang ALLAH sentuh hati untuk diam-diam menyokong kita. 

Aku doakan mereka ini akan suatu hari nanti memegang tanganku di syurga Allah tersenyum ria bahawa suatu ketika kita pernah bersama. Amin..


Semoga semua muslimin-muslimat  sentiasa bersatu menentang permusuhan. Amin Ya Robbal Alamin...