Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, January 24, 2023

BELAJAR UNTUK IMBANG PERASAAN

 



Jangan terlalu mengharap kita akan didengari selalu. Acapkali orang yang mendengar tidak mengalami apa yang kita lalui dan tidak cuba untuk memahami. 

Cari cara untuk seimbangkan perasaan sendiri saat terima ujian hidup. Utamakan lebih berdoa daripada lebih bercakap. 
Allah selalu ada. Atau, jika perlu tulislah segala perasaan yang kita rasa di kertas. Sedikit sebanyak beban yang kita rasa akan sedikit ringan.

Waktu muda, kita akan temui banyak kawan yang hanya mahukan rasa suka daripada berkongsi duka.

Waktu dewasa, peganglah kawan yang benar-benar sejati yang sentiasa menyimpan aib kita. Cukup sekalipun hanya seorang, itu lebih baik daripada memiliki ramai kawan yang hanya pentingkan untung kerana mendampingi kita. Sebaliknya waktu kita berduka, mereka tidak pernah ada.

SEBANYAK MANA PUN KITA KITA IKHLAS, APA YANG KITA RASA ITU BERBEZA DENGAN DALAM HATI ORANG LAIN.

Cuba bahagiakan hati sendiri. Ada waktu, kita sudah tidak perlu peduli, siapa yang membenci atau yang tidak kenal kita sepenuhnya.
Siapa yang datang, kita sambut dengan hormat. Manakala siapa yang pergi, biarkanlah dia dengan keputusannya.

Hidup kita telah diatur oleh Allah sedemikian susunanNya. Tinggal hanya perlu kuatkan iman. Percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Solliála Muhammad.