Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Saturday, June 15, 2019

Wanita Istimewa


Begitu indah caranya, aku juga ingin begitu. Bacalah tulisan ini....

"Aku jatuh cinta dengan caramu. Tertib sekali kamu menjaga dirimu.
Ketika wanita lain sibuk bermedia-sosial, bersuai-kenal dengan lelaki- lelaki pilihan mereka,
kamu sekadar berbahasa singkat, justeru berusaha tidak terlalu keterlaluan. Kamu sikitkan percakapan. 

Ketika wanita lain, asyik melayani dan mudah menyukai foto-foto lelaki tampan, menggilai fizikal sado dan wajah-wajah harapan, kamu memilih memuja hal-hal yang ada penerapan ilmu. Kamu ada caramu sendiri. Memilih puji yang sederhana, tidak melalaikan mata. Kamu lebih menjaga imanmu dengan mengingatkan diri bahawa apa yang termuat daripada kehadiran lelaki hanyalah godaan imanmu.

Ketika wanita lain, sibuk mencari jodoh yang soleh, yang baik dan cocok dengan mereka, kamu hanya memilih memperbaiki peribadimu. Kamu mangajarkan dirimu bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah yang belum tentu tertulis untukmu di dunia sedangkan ajal hanya dirahsiakan masa yang datangnya  dicatat pasti, tiada siapa pun dapat hindari. Lebih pasti daripada jodohmu. Lalu kamu berusaha untuk menjadikan dirimu diampuni Allah selalu. Seolah kamu ingin diterima Allah segenap hatimu.

Kamu mengajar dirimu bagaimana harus cinta itu berlabuh. Sewajarnya bagaimana kamu mendahulukan cintamu kepada Allah, tidak menduakan kasihmu kepadaNya. Masha-Allah, ia begitu menyentuh perasaanku terhadapmu. Aku belajar daripada penampilanmu. 

Melihatkan ahlakmu, aku lantas mendoakan agar aku dapat dijodohkan dengan wanita sepertimu kerana  aku tahu Insha-Allah, hidup bersama seorang yang sepertimu ada redho Allah yang terbayang di hatiku. Moga Allah membuatkan aku miliki keikhlasan lurus sepertimu hingga aku dapat juga mendampingi wanita yang seistimewa kamu. Jika pun tidak layak untuk aku bersamamu, kamu akan tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan hijrahku. Amin. Allahuma Amin.

•Bicara seorang hamba lelaki yang mengkagumimu"


Subhanallah.
Kerdilnya diri apabila membaca coretan di atas. Bukan aku wanita yang istimewa itu. Astgahfirullah.

Hidup ini jalannya tak ubah seperti drama yang kadang-kadang sengaja direka. Tidak mengaku diri selalu berpura agar tertutup aib dan cela. Wajah-wajah berliku, memang begitu. Tertutup dengan debu, pantulannya kelabu. Mari saling mencari cahaya agar sinarnya datang semula. Selagi ada nyawa, belum terlambat. Amin