Seorang kakak.
Yang pertama lahir yang diberi kekuatan oleh ibu ayahnya untuk terus kuat demi keluarga.
Kakaklah itu.
Seorang kakak, dia pendam segala kesusahan dirinya demi adik-adik dan ibu-bapanya. Kadang-kadang, dia sakit, dia letih, dia inginkan kelapangan untuk dirinya sendiri, namun dikorbankan semua perasaan keruh di hatinya demi untuk melaksanakan tanggung-jawabnya kepada keluarga.
Kakaklah itu.
Seorang kakak merupakan tiang seri sebuah rumah-tangga. Dialah kekuatan ibu-bapanya. Ada waktu dia rebah dalam senyap tetapi digagahi jua dengan seberapa daya demi mencahayakan keluarganya. Seorang kakak, mahu atau tidak, dialah yang memegang beban untuk cuba menjadi contoh yang terbaik dalam keluarganya.
Seorang kakak, menyimpan senaskah kesedihan sendirian bersama Allah tanpa mengharapkan belas daripada manusia kerana kesedihan itu tidak ingin dia jadikan galasan kepada orang lain.
Seorang kakak mewakili ibu. Dialah pengganti ibu ketika usang ibu telah sampai. Dialah yang cuba melengkapi segala tugas ibu ketika ibu sudah tidak lagi berdaya. Kakaklah itu.
Seorang kakak, mengenepikan haknya untuk kebahagiaan sendiri demi memberi peluang adik-adik yang lain gembira dan bahagia.
Seorang kakak, kasih-sayangnya mungkin tak terlihat sesiapa namun sebenarnya nyawanya pun sanggup diberi kepada orang-orang yang terkasih.
Namun, tidak semua kakak diberi nilai sebagai paling berharga kerana dia hanya seorang wanita biasa yang tidak terlihat dimana istimewanya dia.