Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, February 17, 2012

RASA TIDAK MERUBAH CARA; NAMUN CARA AKAN MERUBAH RASA




Kata hati tidak boleh dinilai dengan lafaz lidah kerana kadang-kadang ucapan tidak selari dengan apa yang kita usahakan melalui tindakkan kita.

Luahan hati kita tidak dapat di baca oleh sesiapa melainkan diri kita dan Allah SWT.
Perkataan mudah sahaja memalsukan bisikan hati jadi tidak ada hakim yang mampu menghakimi apa yang tersimpan di hati melainkan Hakim Yang Ulung dan Adil, yakni Allah Taala.

Jadi bagaimana sekiranya kita masih tetap ingin mengetahui tentang apa yang tersembunyi di hati seseorang? InsyaAllah, dengan izin-Nya, 80% daripadanya akan dapat DIRAMAL melalui tindakkannya, usahanya atau perbuatannya terhadap sesuatu perkara. Namun itu juga masih belum mendapat ketepatan kerana ada juga perbuatan atau usaha kita tidak sama seperti apa yang terbentuk di hati. Sebagai contoh kita membantu kesusahan orang lain di khalayak ramai untuk mendapat perhatian mata di atas tujuan sesuatu. Maka perbuatan tersebut hanyalah kepuraan. Oleh sebab itulah, sering saja kita mendengar bahawa sesuatu kes yang diselidik secara terperinci dengan menggunakan kepakaran yang terbaik juga pernah tersalah memberi hukuman. Yang bersalah dibebaskan dan yang tidak bersalah pula dibiar melalui penderitaan.

Walaubagaimanapun, kita akan lebih terkesan dengan tindakkan yang kita terima daripada orang lain. Hakikat kemanusiaan yang mencerminkan apa yang dirasa. Sebagai contoh apabila simpati atau bersedih, kita akan mengeluarkan airmata. Apabila gembira, kita akan ketawa. Apabila sayang, kita beri perhatian. Apabila benci, kita membengiskan wajah. Gerak badan atau bahasa badanlah yang paling hampir membahasakan apa yang terlintas di hati dan Allah dan Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengusahakan perbuatan-perbuatan yang baik bagi melatihkan diri memiliki sentuhan hati yang baik. Perbuatan yang baik diberi ganjaran yang baik dan sebaliknya pula dengan perbuatan yang tidak baik. Untuk menerima ganjaran atau keredhaan Allah itulah, kita perlu bersungguh menggabungkan pula tindakkan kita dengan kejujuran hati. Kejujuran hati hanya dapat hadir secara telus dengan menyerahkan kedua gabungan tadi sebulatnya kepada Allah Taala semata-mata disamping mencintai dan mentaati akan segala perintah-Nya.

Wallahuaa’lam.
La hawla wala quwwataillabillah..