Tidak kumiliki apa-apa
Hati budi juga biasa cuma
Tanpa istimewa tanpa rupa
Hanya sehelai hati nipis
Yang sering menangis
Dalam senyum atau ketawa
Melalui lorong hidup
Jauh bersimpang siur
Kekadang cerah
Kekadang malap
Jatuh rebah sesekali
Cuba berlari namun lelah
Cuba melompat namun berat
Perlahan ku berjalan
Berhenti ketika kepenatan
Kemudian terus gagahi
Langkah ini walau pecah lantai telapak
Kerana Allah, ku bergerak
Setapak demi setapak..
Allhuakhbar!
Alhamdulillah!
Kepada-Mu aku berserah.
06.02.2011
Raz.R
Kamar ini menjadi saksi
Senyum bagaimana terlakar di hati.