Hari ini hari ke7 Ramadhan 1441H. Hari Khamis.
Awak buat apa hari ini? 😄 Puasa tak? Hihi... InsyaAllah, Alhamdulillah, puasa itu indah.
Rasa nak enterikan sesuatu ke dalam laman ini hari ni.
Bayangkanlah sudah 44hari duduk di rumah semenjak dunia dilanda wabak covid19. Bangun tidur, terfikir, "Ya Allah.., apa yang Kau aturkan untukku hari ini agaknya?"
"Jika aku banyak dosa yang lepas, kau ampunkanlah aku, dan kau lindungilah aku dari berbuat dosa lagi ya Allah.. Ya Allah, jika wabak ini hikmah yang baik untuk kami, Engkau berikanlah kami hidayahMu. Jika ia adalah bala, mohon Kau ampuni sekelian kami hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Kembalikan kehidupan kami dan tetapkanlah kami dalam percaturan yang penuh cintaMu. Bukankah Engkau Maha Berkuasa, Ya Robb..."
Dah tak tahu apa nak buat dah di rumah. 🤠Hihi.. Bangun sahur, buat aktiviti rutin, lepas tu yang lebih-lebih tu, asyik nak masuk alam mimpi sahaja. Bimbang juga, kalau asyik membuta sahaja. Ustaz kata, "Training ke alam barzakh ke?" Aihh.. takut!
Alhamdulillah, borring punya pasal, tiap-tiap hari intai di halaman rumah. Nasib baik Allah izinkan pokok- pokok hijau tumbuh. Alam menjadi penghias mata. Allahyarham ayah tercinta tinggalkan pokok- pokok yang kini ada yang sudah menghasilkan buah, Alhamdulillah. Sengaja aku nak simpan di sini untuk kenangan. Aku cuma sambung usaha ayah menjaga sekadar yang terdaya.
Sementelah melayan rindu yang membuak-buak kepada hari-hari biasa sebelum PKP, aku selitkan persahabatanku dengan pokok- pokok yang ada di sekitar rumah. Kadang-kadang aku berbual dengan pokok-pokok itu. Hahaha.. macam orang mental, tapi sebenarnya pokok itu ada nyawa dan hidup. Makhluk macam aku juga. Aku yakin mereka dapat dengar. Lagipun, bila pandang pokok yang mengeluarkan tunas baru hari-hari ni, rasa tenang juga.
Berbual dengan manusia, kadang-kadang mereka ambil peduli tentang apa yang nak kita luahkan, tetapi ada hari mereka tak ingin pun ambil tahu apa yang kita lalui sebab mereka juga ada emosi yang perlu diuruskan.
Biarlah bersembang dengan pokok. Nyaman jer hati. Hihi!
MasyaAllah, dah masuk waktu Asarlah... Tak dapat nak tulis lebih. Sebentar lagi nak kena masak dengan adik-adik tersayang. Lepas tu, bergegas buka puasa dan lain-lain.
"Masak apa hari ni?" 😜 Waktu PKP ni, bersederhana jer. Masak apa yang ada, asalkan dengan syukur dan kasih-sayang.
Jom kita terus sama-sama berdoa. Ramadhan kan bulan rahmat? Moga Allah makbulkan doa aku dan kalian. Mungkin ada diantara kita doanya Allah terus terima.
Amin...
Anak kangkung. Baru jer seminggu ditanam. Nanti bolehlah buat masak kangkung belacan... hehe |