Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Friday, April 10, 2020

Perintah Kawalan Pergerakkan 2020




Siapa sangka.
Siapa dapat mengagak.
Hari-hari yang dilalui dengan gelak ketawa, suka duka yang biasa. Perjalanan hidup yang penuh warna. Hari hidup yang penuh rancangan dan cita-cita. Kerjaya dan kebebasan.
Tiba-tiba.....
Negara mengumumkan rakyatnya agar "Duduk di rumah". Bercuti yang bukan dalam takrifan percutian. Ha,kau! Sibuk sangat nak cuti? Bila kerja, pantang lepa, nak ambil cuti, nak rehat, nak ke sini, nak ke sana..., dan sekarang sudah 24 hari "Duduk di rumah" , perdana Menteri cakap "Stay at home!" Malah akan bersambung lagi.

Sejarah tercipta, satu dunia manusia dipaksa dan terpaksa duduk di rumah. Siapa sangka kan?
Siapa sangka umat manusia dilanda rusuhan virus halus yang bernama Corona. MasyaAllah. Lahawla wala quwwata illa billah.

Inilah takbir dan takdir Allah yang menunjukkan manusia ini terlalu kerdil dan lemah.

Pergerakkan terbatas. Nak bersosial atau bersilaturrahim sudah disekat. Yang jauh dengan keluarga pun tak berpeluang bertemu keluarga. Masing-masing punya pengorbanan dan memainkan peranan yang besar untuk mengembalikan dunia sifar virus corona. Allahuakhbar!
Gerun sungguh dengan hasilnya di masa hadapan.

Setiap hari, aku pun lalui hari-hari yang sama macam orang lain. Duduk di rumah dan hanya melihat dunia melalui alat media. Awal-awal tu kesannya amat menggelisahkan. Allah sahaja yang tahu. Pelbagai spekulasi, pelbagai cerita yang melintas di depan mata melalui media. Sangat merungsingkan. Fikiran dan cerita tidak berkisar tentang hal lain, cuma tentang makhluk Allah virus halus itu. Wabak semakin membiak. Kematian semakin melambak. Sedih dan takut. Keimanan tercalar. Sudahlah diri tidaklah berapa sangat kuat imannya. Allahu...

Makin hari, menanti apa jawapan hidup untuk seterusnya. Makin macam-macam kesimpulan. Petanda kiamatkah ini? Dunia sedang kiamatkah? Atau adakah sumbernya daripada manusia-manusia yang zalim dan rakus kepada kuasa sehingga membuatkan aturan dunia lumpuh dan mereka berjaya menakluk dunia? Haishh... macam-macam teori yang terbit, hampir semua aku baca dan kaji. Makin otak terasa lemah dengan sambungan emosi.

Allah. Innalillahi waiina ilaihi rojiun..
Tak boleh jadi macam ni.
Sudahlah terkurung, nanti hidup menjadi murung. Memikirkan rezeki dan sebagainya.

Sudah sampai masanya, aku patut biarkan sungai mengalir mengikut arahnya. Ikut sahaja aturan Allah. Tak perlu dikaji lagi. Tak perlu dipertikai. Semuanya dalam perancanganNya.

Aku terbaca saranan yang agak baik untuk diamalkan terhadap diri.

1. Jauhkan diri kita dari berita tentang virus corona. Segala yang perlu kita ketahui, kini kita memang sudah mengetahuinya. Jadi, kita terima dengan berlapang dada dan bersabarlah melaluinya.


2 . Jangan mencari jumlah yang mati, kerana ini bukan pertandingan sepak bola untuk mengetahui hasil akhir ... Hindari itu.

3. Jangan mencari informasi tambahan di Internet, kerana itu akan melemahkan kondisi mental kita.

4. Hindari mengirim pesan atau berita-berita spekulasi yang tidak jelas malah menakutkan dan membuat frustrasi, kerana beberapa orang tidak memiliki kekuatan mental yang sama seperti kita. kita sudah tidak membantu mereka, anda bahkan akan merangsang penyakit mereka, misalnya despresi.


5. Dengarkan dan hibur hati kita dengan suara Al-Quran di rumah, cari permainan untuk menghibur keluarga bertukar percakapan dengan mereka dan cerita kisah-kisah yang lain kepada mereka. Inilah masanya untuk lebih memahami keluarga kita.

6. Pertahankan disiplin kebersihan di rumah kita dengan mencuci tangan dengan sabun dan air secara teratur dan memperingatkan semua orang yang tinggal bersama kita

7. Suasana hati positif anda akan membantu melindungi sistem kekebalan tubuh kita, kerana pikiran negatif telah terbukti melemahkan sistem kekebalan tubuh kita dan membuatnya tidak sihat dan tidak dapat melawan virus.

8. Yang paling penting dari semuanya adalah kita perlu yakin bahawa episod  ini akan berlalu dan kita semua akan selamat.

9. Cari alasan untuk tetap tenang dan gembira dengan apa adanya dalam suasana kita sekarang. Yakin kepada Allah yang mentakdirkan ini semua dan yakin juga yang memulihkan semua ini juga Allah.

10. Berhenti bercanda dengan kumpulan-kumpulan yang  boleh mempengaruhi emosi kita menjadi lemah di sosmed. Hubungilah mereka yang kita rasa boleh menggembirakan dengan ransangan dan nasihat. Tanyakan khabar dengan nada suara yang positif. 

11. Perlakukan diri sendiri dengan aktiviti yang banyak di rumah. Kalau perlu habiskan sebuah kitab, atau perbanyakkan amalan zikir, maka buatlah sekarang. Masa istirehat kita banyak. Isikanlah dengan hal yang sihat zahir dan batin.

12. Jika kita rasa perlu abaikan alat-alat media seperti telefon atau televisyen untuk sementara waktu, silakanlah. Ia merupakan terapi untuk kita melapangkan minda daripada berfikir yang negatif. Lihat sekali sekala hanya untuk keperluan ilmu. Jangan rasa kita mungkin tercorot kerana tidak tahu berita dunia kerana semua berita akan kita tahu juga walaupun kita orang yang terakhir. 

13. Yang paling penting, kita sentiasa berdoa. Berdoa untuk diri, untuk keluarga, untuk semua orang. Rasulullah saw menyarankan akan hal ini. Salah satu terapi minda yang akan membuatkan kita menjana rohaniah yang baik dan hati yang bersih. Ingat bahawa kita mendoakan orang lain, seluruh makhluk langit mendoakan kita. Bukankah itu membahagiakan?



Semoga hari-hari yang kita lalui di dalam rahmat Allah sentiasa. Saat ini, siapa pun diri kita, buruk atau baik, jangan gagal untuk mengerti bahawa rahmat Allah mengatasi murka-Nya.

Duduk di rumah dan senang-senangkanlah diri dengan harapan yang terbaik dalam hati. Allah tidak zalim.
Bantuan-Nya akan  datang untuk kita yang tetap terus bersabar.

Amin.
Salam kasih di hari Jumaat. Allahuma solliala sayyidina Muhammad. Waala alisayyidina Muhammad.

๐Ÿ’™๐Ÿ’•Note: Bila saya diam, nota ini akan membuatkan awak faham.