Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, November 26, 2019

Love Love 💗♥




Mudah sahaja bagi semua orang menyebut "I Love You". Tiga perkataan yang hampir semua orang suka apabila mendengarnya namun hanya orang yang berani sahaja yang mampu melanjutkan tiga perkataan itu dengan makna yang benar-benar bererti bagi orang yang menerimanya.💗

Makna yang tulus ikhlas.
Makna yang mempunyai bukti yang sebenar.

Semua orang normal atau gila pun mampu menyebutnya kecuali orang bisu. Itupun, ada bahasa isyarat yang menjadi lambang kepada tiga perkataan tersebut terhadap orang bisu. Perkataan ajaib yang membahasakan rasa yang paling dalam tentang kasih-sayang menjurus kepada cinta.

Bagi orang Islam, tiga perkataan ini seharusnya tetap ada 'connection' dengan Allah. Tanpa menyadurkan perkataan ini kepada Allah, ia boleh menjadi kata-kata yang mungkin membawa ke satu arah sahaja, iaitu nafsu. Nafsu yang banyak mengajak kita ke jalan yang rendah darjatnya.

Perkataan ini yang nyata mempunyai nilai kasih-sayang yang suci yang sepatutnya diperlakukan ke arah yang suci juga.