Tidak mengapa andai tiada siapa yang menemani.
Ia bukan bererti sunyi, bukan juga kerana tiada kawan yang sudi menemani.
Seolah-olah ia sudah menjadi satu keperluan. Menyendiri, untuk mencari tenang.
Malah, adakalanya menyendiri itu sendiri adalah suatu keindahan.
Duduk di suatu sudut yang dihiasi pemandangan yang cantik. Ditemani alam yang nyaman.
Cukup sekadar diam, memandang alam sambil mensyukuri nikmat Tuhan. Lebih mendamaikan apabila cuaca pun selari dengan perasaan. Selepas hujan contohnya! Saat mengosongkan fikiran dari aktiviti harian yang penuh dengan kesesakkan.
