Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Tuesday, November 19, 2024

Ragam

"Manusia dan ragam.
Semuanya macam-macam.
Bersyukurlah kita yang tidak hidup di kalangan yang meragam-ragam.
Kaya dengan ragam kaya. 
Miskin dengan ragam berlagak kaya."

Pengalaman mencipta cerita yang luas. Selama usia, dipertemukan dengan pelbagai sikap mengajar aku banyak perkara. Hidup tidak seindah kata. Kata-kata manusia tidak selalu indah. 
Isunya di sini adalah akhlak kita sekarang. Apakah hidup kita ini telah bermakna dengan akhlak yang telah diperturunkan oleh Rasulullah Saw?

Payah nak cakap, sukar nak ditafsir.
Sebab?
Sebab manusia dengan ragamnya dek kerana lemah dengan kesalahan. Munafik dengan memperakui diri di kalangan yang baik tetapi jelas apa yang baiknya tentang diri sendiri?
Manusia yang baik tidak pernah mengakui dirinya baik. Manusia yang tidak baiklah yang selalu mengadaikan apa yang dirinya perbuat adalah baik.

Hemm...ragam.
Bila hidup dalam keadaan banyak dosa, ragamnya macam-macam!