Salam kasih Kerana Allah
Wednesday, May 15, 2024
BUANG ORANG TOKSID
Hidup kita ini makin hari semakin banyak cabang fitnah. Macam-macam ragam fitnah ada.
Kitalah yang perlu mengubah kondisi dan cordinat diri bagaimana cara untuk mengharungi hari-hari kita dengan orang yang seperti ini.
Sangat bahaya jika kita terus mengharap orang yang gemar mencipta cabang fitnah ini untuk berubah. Mereka ini adalah golongan yang dikategorikan sebagai manusia toksid yang telah mengidap penyakit barah 'perasan baik' yang agak lama sehingga menjadikan mereka berada di dalam dunia yang mereka tidak dapat bangun dari tidur yang nyenyak dengan tiupan angin hasutan syaitan.
Golongan ini sangat asyik dengan berbuat onar sehingga merasa enak berbuat agar orang lain sakit hati, cemas dan gelisah.
Mereka ini sangat suka bila orang lain tersungkur manakala diri mereka menerima pujian melambung-lambung.
Orang-orang toksid yang kita temui wajar kita perhatikan dengan hati agar tidak kita turut serta dengan sikap mereka. Merekalah orang yang paling gembira apabila diri mereka berjaya membawa penyakit suka adu-domba, bercerita buruk orang lain, bersangka buruk dan meng-iyakan sangkaan buruk mereka sebagai kebenaran. Walhal apa yang mereka sangkakan adalah cerita yang direka yang sangat tidak benar.
Eloklah, apabila kita menyedari ada orang seperti ini di kalangan kita, jangan terlalu rapat dengan mereka. Apapun nasihat kita kepada mereka, golongan ini sangat susah untuk mendengar dan akur dengan cara yang baik dek kerana jiwa mereka yang telah ditambat ego, dengki dan banyak wasangka.
Kalau perlu menjauh, jauhkanlah diri.
Ia akan menjadikan semangat kita jatuh dan usaha kita terbantut dengan adanya sikap seperti itu.
Berdoalah agar kita tidak terpengaruh dengan dunia akhir zaman yang penuh fitnah.
Wallahu'alam.