"Kakak macam mana hari ni?"
Saat macam ni memang rasa rindu melamar hati. Rindu kepada ayah.
Bila tak sihat, ayahlah tempat aku mengadu. Dialah orang yang paling ambil berat tentangku.
Masih terasa kehangatan kasihnya mendakapi hati.
Dialognya masih kudengar ditelinga.
Tak.. aku tak sedih pun. Tempat ayah disisiNya adalah lebih baik.
Cuma kerinduan ini menambahkan kesabaranku. Kesabaran lebih memberi kedamaian untuk doa-doa yang berterusan. Banyak dugaan memberikan ketabahan. Terpaksa tabah pun ada. Allah menyedarkan kita bahawa hanya dengan ketabahanlah, kita dapat bina jiwa dan mentaliti yang waras dan positif.
Aku cuba.
Semoga setiap ibu-bapa dirahmati Allah dengan kehidupan dunia akhirat yang indah dan didarjatkan kemuliaan yang tinggi.
Amin.
Lailaha illALLAH MuhammaduRasulullah.