Allahuma solli'ala sayyidina Muhammad.
Sejauh mana pentingnya diri kita di dalam kehidupan orang lain, sekadar itulah harga kehadiran kita.
Bila kita penting, orang akan cari, akan tawarkan kita dengan pelbagai halwa telinga. Bila kita sudah tidak lagi disukai, macam-macam helah dan alasan dicipta agar kita dapat hilang daripada kehidupan mereka.
Tak kisahlah samada penting atau tidak diri kita dalam naskah harian orang lain. Yang penting, kita tetap terus menghargai sesiapa sahaja sebagai hal yang penting dan bernilai dalam hidup kita.
Allah tidak menciptakan sesiapapun dengan tujuan sia-sia. ❤ Justeru jangan kita sia-siakan sesiapa.
Manusia boleh berjanji, berkata manis, namun janji itu belum boleh diguna-pakai selagi tidak ada jalinan dengan janji daripada ketetapan Allah. Hari ini orang boleh sahaja cakap sayangkan kita, esok lusa, kita tak akan tahu adakah rasa itu masih sama atau hanya tinggal ungkapan tanpa rasa?
Tak apalah. Jangan diberatkan sangat fikir tentang manusia ini. Fikir sahaja tentang diri kita yang setiap hari harus dikoreksi. Perbetulkan apa yang tidak baik, berubah menjadi baik dengan usaha dan doa kepada Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Ini pengalamanku→ Jujur walaupun sakit, lebih membuatkan aku bahagia hati. Kalau aku tak jujur, aku selalu simpan banyak perkara yang menjadi rahsia yang tak elok di hati. Bila aku nak tutup rahsia itu, aku terpaksa berlakon dan berbohong. Lama-lama ia membuatkan hidupku rasa selalu tak kena kerana terbeban dengan pembohongan. Allahuakhbar. Astaghfirullah.
"Stay lovingly loving"
❤❤❤