Salam kasih Kerana Allah
Tuesday, December 17, 2019
Popular Itu Tak Penting
Jauh terdiam di alam fikiran. Dikenal payah. Tidak dikenal juga susah. Dulu, arwah ayah pernah cakap, "Hidup kita sekurang-kurangnya biar ada manfaat terhadap orang lain." Begitulah yang ayah selalu buat semasa hayatnya. Ayah dikenal kerana mahu berusaha memberi manfaat kepada orang lain.
Lain pada aku. Aku perempuan. Selalu jadi bahan pandangan mata. Selalu sahaja jadi tajuk cerita yang tidak dapat aku kawal. Hingga kadang-kadang, jadi senda fitnah. Aku cuma mampu membatukan diri. Beku dengan senyuman.
Popular itu tak penting bagiku. Tak perlu. Memadai dengan sedikit insan-insan yang berkualiti yang bersamaku mengisi ruang hati dengan pengalaman-pengalaman hidup mereka yang indah.
Biarlah tak banyak yang kenal. Cuma, semoga Allah kenal hatiku dan Rasulullah saw menyebut namaku. Amin. Mudah-mudahan.
Jangan patah semangat walau kita pendosa yang hina kerana bagi Allah kita tetap dikasihi-Nya.