اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat pagi.
Semoga semua muslimin dan muslimat sentiasa berada di dalam jagaan Allah yang terbaik. Ameen.
Alhamdulillah untuk sehari lagi yang Allah beri untuk kita nikmati dan untuk kita berbuat baik sehingga keampunan-Nya diberikan kepada kita. Mudah-mudahan.
Selalulah pesan kepada diri, nafas hari ini kita gunakan untuk mengAgongkan kebesaran Tuhan dan memberikan perhatian kepada ibadah dan berkasih-sayang. Kerana apa?
Kerana kasih sayang Allah melebihi kemurkaan-Nya.
Kita hargai apa yang ada.
Kita kasihi yang masih setia.
Kita doakan cinta-Nya dipakaikan di dalam jiwa kita hingga bertemu dengan-Nya.
Syukur Alhamdulillah...kerana Tuhan masih sudi mendidik kita agar terus teguh kukuh walaupun disimbah kesulitan yang berterusan.
Syukur Alhamdulillah...kerana Tuhan masih sudi mendidik kita agar terus teguh kukuh walaupun disimbah kesulitan yang berterusan.
Bissmillahi tawakkal tu alallah. La hawla wala quwwata illabillah.