Salam kasih Kerana Allah

Salam kasih Kerana Allah
Assalamualaikum wbt - Sekadar Berkongsi Ilham dan Pengalaman

Saturday, March 3, 2012

Cintaku, Cintamu dan Cinta-Nya





Telah ku kembalikan cintaku hanya untuk-Mu
Ku tanam dan kuburkan kenangan silam
Ku lumpuhkan segenap harapan terhadap insan
Bundar dan penuh kuserahkan kudus suci perasaan
Hanya untuk menikmati cinta-Mu
Mencari aku akan lazat dan enak selimut kasih-Mu
Melenakan diriku di dalam pelukkan mesra-Mu
Dalam resah, pasrah atau tenangku
Keinginanku..Hanya Engkau dan aku
Bersatu hingga dunia menolakku pergi kepada-Mu

Namun.. kejutan kesima menjelma
Engkau hamparkan aku helai-helai ujian
Sekali lagi.. Engkau hadirkan aku
di sudut celahan cinta-Mu yang kurasa
ada cetusan kecil cinta insan biasa
Tumpah beningan air mataku... bertanya akan rahsia-Mu
Sedang aku hampa, tidak kuingin itu semua
Patutkah ku ulang semula derita yang pernah menimpa
dari sebondong kisah yang payah
Cinta-Mu dan cintanya berbeza
Ku mohon... biarkan cinta yang Engkau beri kali ini
Hanya dengan cinta-Mu yang sejati
Tidak berbagi, hanya mengimbangi darjat hatiku
demi untuk memahami rahsia yang terselit
pada setiap kemahuan-Mu untuk aku tadah
bagi mengasah cintaku terus bergilap untuk-Mu..