Pengalaman mendewasakan.
Atau hidup dewasa wajib akan melalui cabaran dalam segala pengalaman. Yang mencabar adalah apabila bergelumang dengan rasa-rasi antara kita sesama makhluk biasa yang sangat mudah membenci dan bercakaran sesama sendiri.
Samada kita dewasa dengan pengalaman tersebut terletak kepada bagaimana kita mengharunginya.
Meskipun kita tidak mengerti apa yang sebenarnya maksud di sebalik apa yang Allah aturkan, atau apa hikmah yang akan kita dapati daripada pengalaman baik-buruk yang kita lalui, kita kena tetap teruskan menghadapinya. "Follow the flow" Berjuang sedaya mampu.
Tak semua persoalan, jawapannya adalah untuk hari ini.
Hidup kita, peribadi kita biar berlandaskan apa yang Allah suka, tidak perlu menekan diri atau 'stress' dengan rasa tidak suka daripada manusia. Selagi mana kita berbuat baik, tidak berlaku kehancuran dan penganiayaan ke atas diri sendiri dan orang lain, teruskan sahaja seadanya.
Kita lemah. Pasti akan mengeluh di saat sakit dan menderita samada fizikal mahupun jiwa dan mental. Namun kita boleh berusaha untuk tidak lagi mengeluh dengan mengharapkan Allah membantu kita. Allah semata.
Selama mana kita laksanakan sesuatu dengan nama Allah kerana Allah semata, pandangan mata manusia samada orang suka atau tidak suka kepada kita sudah tidak penting lagi.
Jalani hidup seperti perantau yang asing di dunia ini. Tidak mencintai dunia saat dihujani bahagia. Tidak pula bersedih yang melampau saat melalui ujian.Tidak juga berputus asa.
Anggap sahaja, yakin bahawa, apa sahaja yang Allah letakkan sebagai hakikat yang kita terima dalam hidup, itulah yang terbaik daripada Allah. Faham atau tak faham, suka atau tak suka, teruskan dengan berganding dengan doa memohon Allah kurniakan ketenangan hati, bersabar dan teguh berpendirin bahawa Allah menyediakan kita cinta-Nya.