😘Birthday treat for myself. Alhamdulillah |
🥰 Haniz. Thank you |
😘Birthday treat for myself. Alhamdulillah |
🥰 Haniz. Thank you |
"Kalau kau percaya apa yang orang perkatakan tentangku itu benar, maka silakanlah percaya, aku tidak ada masa untuk mengatakan tidak atau mengatakan ya. Andaikata kau ingin tambah perencah tentangku pun silakanlah, aku tidak kuasa untuk menghalang.
Andaikata kau rasa apa yang aku buat adalah tidak sewajarnya kerana pada fikirmu, aku tidak layak untuk mempunyai hidup yang seperti aku yang kini, terpulanglah. Ikutlah sangkaanmu, yangmana kau sendiri tahu ia berdasarkan nafsumu. Kau tidak nampak, kau tidak ada sebab dan bukti membenarkan tanggapanmu tentangku. Aku tidak perlu untuk turut larut di dalam hujahan kaburmu. Di situ sebenarnya tiada aku. Engkaulah yang mengisinya dengan fikiran narotikmu. Aku tidak akan campur.
Aku tidak dapat membuka hatimu untuk yakin dengan pendapatku, kejujuranku. Engkau boleh memilih untuk tetap bersama pendirianku atau boleh juga terus menerus meninggikan timbunan rasa demi rasa yang menegatifkan hatimu.
Bagimu kegembiraanmu adalah mutlak, manakala aku dituntut untuk menepis segala rasa yang saksama sebagai manusia biasa. Tidak! Aku perlu adil dengan jasmani dan rohaniku.
Aku manusia. Engkau juga sama. —inginkan bahagia.
Mungkin sahaja bahagia yang kurasa tidak sempurna, tidak seindah kata. Namun, itulah aku yang melihat sederhana itu pilihanku untuk turut merasai nikmatNya...."